“Saya Minta Jangan Doakan Saya Kembali Bersama Isteri”- Adam Shahz

Pelakon, Adam Shahz menegaskan dia tidak akan kembali untuk bersama bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa.

Adam Syaz berkata kehidupannya lebih teratur tanpa bekas isteri serta meminta tiada pihak yang mengharapkan mereka kembali bersama.

“Tidak dinafikan, memang ada yang mendoakan supaya dia kembali bersama saya.

“Tapi saya minta jangan doakan saya kembali bersamanya dan saya minta agar dapat jauhkan perkara tersebut.

“Saya sudah ‘move on’ kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia (bekas isteri).

“Malah saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak,” katanya.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013, namun kedua-duanya mengambil untuk berpisah pada 30 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan, Adam dan Fatin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun.

Berkenaan dengan sambutan perayaan Aidilfitri pula, Adam memberitahu dia tidak keseorangan kerana akan menyambutnya bersama anak perempuannya.

“Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

5 hours ago