“Individu Itu Sekat IG Saya, Macam Mana Nak Tahu Apa Dia Mahu?” – Neelofa

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa menafikan dakwaan dia sengaja memakai sepersalinan baju yang terlebih dahulu diinginkan oleh seorang aktres menerusi pentas KLFW2018 baru-baru ini.

Kata Neelofa, dia tidak dapat melihat posting atau kemaskini akaun pelakon wanita berkenaan memandangkan sudah disekat sejak sekian lama.

“Saya tidak dapat melihat Instagram individu itu sebab saya sudah kena block sejak beberapa tahun lalu.

“Kalau pun tidak disekat, macam mana saya nak ‘keep up’ dengan setiap post, perkataan dan kemahuan yang dipaparkan di Instagram?

“Koleksi yang ditunjukkan di KLFW adalah Ready-to-Wear, maksudnya bukan one piece untuk one person.

“Siapa-siapa di luar sana semua boleh memakainya, tak ada masalah untuk tengok lebih daripada seorang yang pakai,” katanya memetik laporan Melodi.

 

Kecoh di media sosial apabila peminat kedua-dua pelakon wanita ini seolah-olah cuba melaga-lagakan mereka menerusi pemilihan pakaian tersebut.

Neelofa menyarung sepersalinan blaus dan seluar sequin daripada koleksi Stardust daripada Innai Red yang diperagakan pada KLFW untuk mengacarakan MeleTOP.

Sebelum itu, aktres wanita yang sudah berkahwin itu pernah memuat naik hasratnya menginginkan pakaian yang sama di Instastories miliknya ketika pertunjukan berlangsung seminggu sebelumnya.

Aktres itu juga pernah sekali menggayakan blaus sequin itu sebelum Neelofa memakai keseluruhan set untuk mengacarakan MeleTOP pada Selasa lalu.

Recent Posts

  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

17 mins ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

29 mins ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

6 hours ago