Anak Chot XOXO Meninggal Dunia

Pelawak dan penyampai radio Chot (XOXO), berkongsi berita duka mengenai pemergian putera kesayangannya, Muhd Sher Harraz, pukul 8.40 pagi tadi (Isnin).

Pada Sabtu hari lalu,menerusi laman social Instagram (IG), Chot memuat naik posting mengenai keadaan Harraz yang semakin lemah dan perkongsian tersebut telah mengundang sebak para pengikutnya.

Menurut Chot, Harraz yang mengalami masalah injap jantung terbalik mula menunjukkan respon positif ketika berada di wad Hospital Besar Melaka empat hari lalu.

“Alhamdulillah, Harraz senyum hari ni…Oksigen dia dah stabil, dah ada tanda bernafas sendiri cuma dibantu sikit dengan oksigen daripada machine.

“Segala jarum di badan sudah dicabut yang tinggal hanya ubat untuk jantung saja. Allahuakhbar…Berkat doa keluarga, sahabat dan kalian Harraz sedikit demi sedikit tunjuk respon positif.

“Saya dan isteri hanya mampu sampai kan doa buat semua yang concern dengan keadaan Sher Harraz. Semoga segala urusan kita bersama dipermudahkan,” tulisnya di IG pada Jumaat.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayangi Sher Harraz dan jenazah anak syurga itu akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.

Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan-rakan pelawak lain yang mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.

Semoga Chot dan isteri tabah menghadapi ujian ini. Takziah daripada kami.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

5 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago