Tanda Hargai Peminat, Wany Hasrita Bawa Jalan-Jalan di Zoo

Penyanyi Wany Hasrita mengakui mempunyai rancangan untuk membawa peminat setianya untuk meluangkan masa bersama di Zoo Negara sempena meraikan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (ABPBH31).

Menurut Wany, perkara itu dilakukan bagi menghargai sumbangan peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya sejak dulu lagi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya sejak dulu lagi.

“Anugerah ini sebenarnya untuk mereka dan sebagai membalas jasa mungkin saya akan membawa mereka pergi ke Zoo Negara untuk meraikan kejayaan ini bersama-sama.

“Dalam masa yang sama saya juga mahu mengadakan majlis doa selamat dengan anak-anak yatim selepas ini.

“Siapalah saya kalau tanpa peminat jadi apa yang dilakukan ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka buat saya,” kata kepada Gempak.

Wany berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, baru-baru ini.

Pada malam tersebut Wany telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan mendapat undian sebanyak 2,052,997.

Kemenangan itu melayakkan Wany membawa pulang ganjaran kereta Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Wany turut meraih trofi Penyanyi Wanita Popular.

Sumber : Gempak.com

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

10 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 mins ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

1 hour ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago