“Alhamdulillah… ” – Didie Alias Kongsi Rasa Terharu Anak Berjaya Peroleh Ijazah Sarjana Muda

Pelakon Didie Alias telah berkongsi sebuah video anaknya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Didie telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi.

“Alhamdulillah Ya Allah beri satu lagi kebahagiaan buat mummy apabila anak sulung mummy di anugerahkan satu lagi Ijazah #Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design #unikl #picc tahniah kakak @niyardzn mummy bangga dengan kakak, semoga kejayaan kakak membawa inspirasi buat adik-adik semua.

“Sayang kakak till jannah, mummy akan sentiasa mendoakan kakak & family,” tulis Didie.

Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Dhaniyah kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.

Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“@arinrajalawak: Mummy hebat..Kakak pun hebat..Tahniah.”

“@azianrazmi: Hadiah untuk keikhlasan mummy menjaga amanah dari Allah..Semoga sentiasa dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat mummy @ladydidiemsia.”

“@aida1129: Syukur alhamdulillah..Tahniah buat anak & sudah pasti buat @ladydidiemsia..Moga terus berjaya dunia akhirat..Amin.”

Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.

Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.

Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

3 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago