Now Reading
Muat Naik Gambar Kaki Bertatu, Ini Jawapan Isma Yusoof

Muat Naik Gambar Kaki Bertatu, Ini Jawapan Isma Yusoof

Nama pengarah dan pelakon Isma Yusoof kembali menjadi sebutan apabila memuat naik sekeping foto kaki bertatu.

Tidak menafikan foto itu milik individu lain, gambar yang dimuat naik sejak beberapa hari lalu menjadi bualan ramai malah ada yang menegur tindakannya.

https://www.instagram.com/p/BstCHPnBwhu/

“My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap,” tulisnya pada entri terbabit.

Malah, pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu punyai jawapan sendiri setiap kali diasak pelbagai soalan daripada pengguna media sosial.

https://www.instagram.com/p/Bs23j9EBLdn/

“Makin ramai mengata makin cantik plak kita. Teruskan menghina!” tulisnya dalam entri terbaharu berserta tanda pagar #akubertatookauyangsakit.

Isma turut menjawab beberapa soalan sensitif berhubung agama dan punca dia mencacah tatu.

See Also

“Dalam IC Islam. Jiwa tauhid percaya satu Tuhan. Duit dan manusia saya tak sembah,” jawab Isma.





Disamping teguran dan nasihat, masih ada juga segelintir netizen yang mendoakan Isma agar kembali menjadi dirinya sepertimana suatu ketika dahulu.

Isma yang kini menetap di Pulau Langkawi pernah terpalit kontroversi menampak seorang pelakon wanita sekitar tahun 2015.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.