Suami King Coco Sahkan Sudah Ceraikan Isteri Pertama

Suami kepada Instafamous King Coco, Kapten Azrin mendedahkan telah menceraikan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018.

Keputusan untuk berpisah itu jelas Azrin dibuat hasil persetujuan bersama dan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing.

“Saya mengesahkan kami berdua sudah pun bercerai pada awal bulan Oktober 2018.

“Saya tak pernah berniat untuk menceraikan bekas isteri saya. Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfaikan kes perceraian ini.

“Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Kami berpisah cara baik dan sehingga kini masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui sampai sini sahaja jodoh kami berdua,” katanya memetik laporan Nona.

Status madu King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail mula menjadi perhatian apabila bekas isteri Ude Wahid, Intan Saleh memuat naik gambar bersama berserta kata-kata semangat baru-baru ini.

Menerusi keterangan bio Instagram Nor Azura pula, wanita itu telah meletakkan status ‘single mom’ hingga mencetuskan teka-teki hubungan rumah tangganya dengan Azrin.

Hasil perkahwinan Nor Azura dan Azrin, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.

Manakala, King Coco dan Azrin memiliki seorang anak, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.

Sumber: Nona

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

5 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

7 hours ago