Now Reading
‘Boek Ah Bil!” – Peminat Puji Lagu ‘Pening’ Nabil Ahmad

‘Boek Ah Bil!” – Peminat Puji Lagu ‘Pening’ Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad kini tampil dengan single pertama yang berjudul Pening.

Muzik video lagu terbabit dimuat naik di saluran YouTube Mixology Music dan lagu tersebut merupakan hasil ciptaan DJ Fuzz manakala liriknya pula ditulis sendiri oleh Nabil bersama Waris.

Mula dipertontonkan kepada umum semenjak 23 Januari lalu, lagu ini sudah meraih hampir 50,000 tontonan.

Menerusi ruangan komen, lagu Pening mendapat maklum balas positif netizen yang memuji usaha Nabil untuk muncul dengan single solo.

See Also

Sebelum ini, Nabil pernah muncul dalam lagu Radio bersama Imran Ajmain dan Datin Diana Danielle, lagu Lu Fikirlah Sendiri bersama Ajai serta lagu Baik Punya bersama Alif Satar.

Sumber : Gempak.com

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.