fbpx
Now Reading
Emma Maembong Minta Jangan Kecam, Tapi Mendoakan Supaya Kembali Berhijab

Emma Maembong Minta Jangan Kecam, Tapi Mendoakan Supaya Kembali Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 27 tahun, Emma Maembong meminta agar peminat tidak berterusan mengecamnya kerana tidak berhijab, sebaliknya memberikan kata-kata positif untuknya berubah suatu hari nanti.

“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik”

“Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik”

Berkesempatan menjejakkan kaki ke Mekah baru-baru ini, ramai mengharapkan Emma kembali istiqamah dan berhijab. Bagaimanapun Emma memberitahu, buat masa ini beliau masih belum berupaya menunaikan permintaan peminatnya.

“Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif. Selepas empat tahun, perancangan saya Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya namun saya tetapkan juga hati ke sana,” jelasnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.