Haqiem Rusly Siapkan Lagu Han Byul , Luka dan Bahagia Dalam 10 Minit

Fenomena Han Byul masih terasa di Malaysia, tidak kiralah pujian atau rasa tidak puas hati atas kejayaan penyanyi dari Korea itu memenangi Big Stage Musim ke 2. Namun satu yang pasti kerja keras dan bakat nya memang diakui semua pihak.

Malah nyanyian Han Byul sewaktu persembahan terakhir di Big Stage dengan  lagu Luka dan Bahagia benar-benar memukau penonton bukan sahaja di MBSA malah di rumah. Belum dikira kefasihan bahasa melayunya dalam mendendangkan lagu berkenaan wajar di kagumi.

Persembahan Han Byul bukan sahaja memukau penonton di MBSA malah di rumah,

Tapi harini kami nak bercerita tentang lagu Luka dan Bahagia ciptaan Haqiem Rusly itu. Percaya atau tidak komposer dan penyanyi muda itu hanya mengambil masa 10 minit untuk menyiapkan lagu tersebut.

Menurut Haqiem, idea untuk bekerjasama dengan penyanyi Korea itu timbul selepas dia diundang menjayakan segmen persembahan duet bersama Syada Amzah di Big Stage 2019.

“Ketika sesi latihan, saya beramah mesra dengan semua peserta. Saya turut menyapa Han Byul dan kemudian didekati pengurusnya.

“Tanpa diduga, pengurusnya meminta saya mencipta lagu Han Byul. Selepas berbincang, termeterailah kerjasama ini,” katanya.

Namun dia sendiri tidak menyangka lagi tersebut boleh trending dan begitu diminati ramai.

“Saya cipta lagu ini tanpa meletakkan harapan tinggi. Lagu ini istimewa kerana dinyanyikan artis Korea dalam bahasa Melayu dan diterima ramai,” katanya.

Haqiem juga tidak menolak idea orang ramai yang mahukan lagu tersebut di diterbitkan dalam bahasa korea sepenuhnya .

Memang ramai yang meminta lagu itu diterjemahkan ke dalam bahasa Korea. Saya akan berusaha melakukannya. Kalau jadi, saya akan kongsi dengan semua,” katanya.

Haqiem sebelum ini pernah mencipta beberapa lagu untuk artis tempatan lain seperti Irfan Haris (Pesan), Putera Band(Tersiksa), Sufie Rashid ( Aku Sendiri), Usop (Aku Yang Bersalah) Zack Zakwan (Kenangan) dan Tajul ( Ibu)

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

47 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

55 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago