Video Zahirah Macwilson Menggayakan Beberapa Baju Buat Peminat Tak Keruan

Zahirah Macwilson, nama yang tidak asing lagi buat peminat industri hiburan. Model dan pelakon berdarah kacukan ini  sememangnya dikenali dengan pakej serba lengkap, malah gaya pemakaiannya juga kerap menjadi ikutan ramai gadis.

Baru-baru ini, tunang kepada pelakon Aiman Hakim ini telah memuat naik satu video memperlihatkan dia menggayakan pakaian untuk dijadikan inspirasi kepada  pengikutnya.

Sesuai dengan tanda palang #dressToExpress, Zahirah tampil dengan beberapa padanan baju berserta aksesori yang membuatkan rata-rata peminatnya bagai tak keruan.

Kebanyakan mereka memuji gaya padanan baju yang dikenakan  Zahirah, tidak kurang juga yang turut memuji bentuk badannya yang langsing, ditambah pula dengan rupanya yang memang cantik sehingga ada yang menyatakan dengan wajah sepertinya pakai apa pun tetap cantik.

Namun dalam masa sama masih terdapat suara yang kurang senang dengan perkongsian tersebut

Mereka berpendapat gadis tinggi lampai berkenaan bagaikan tiada rasa malu apabila menukar pakaian di hadapan kamera dan seakan mahu meraih perhatian.

Mungkin niat sebenar Zahirah yang boleh dikategorikan sebagai seorang ‘inspirasi berfesyen’ hanya untuk menunjukkan cara menggayakan pakai dengan konsep ‘mix and match’ namun perkongsian itu tetap tidak kena di mata segelintir netizen.

Apa-apa pun video tesebut setakat ini telah mendapat 677,000 tontonan dan  114,000 tanda suka. Komennya sahaja sudah mencecah 2000 . Wow!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

9 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

36 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago