Aishah Azman Kini Bahagia Selepas Putus Tunang Dengan Syafie Naswip

Pengikut dunia hiburan pasti tahu mengenai hubungan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman yang telahpun berakhir baru-baru ini. Kisah mereka putus tunang terus menjadi hangat selepas Syafie ditahan atas dakwaan memukul bekas tunangnya itu sehingga akaun Instagram Syafie  ‘diserang’ netizen yang ingin mengetahui kesahihan disebalik isu tersebut

Baca artikel berkaitan: Aishah Azman Halang Hubungan Syafie dan Adik Angkat Punca Putus Tunang

Terbaru, selepas hampir 3 bulan menamatkan ikatan pertunangan, Aishah Azman yang ditemui portal mStar mendedahkan yang hidupnya kini lebih bahagia.

Menurut gadis tersebut, dia kini sudah melupakan segala apa yang terjadi dan lansung tidak mahu mengenang kembali pengalaman hitan yang dilaluinya dulu. Malah kontroversi konflik dengan bekas tunangya lansung tidak memberikan impak pada kerjaya seninya

“Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik, rasa lebih lega. Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata Aishah kepada portal berkenaan.

Bersyukur dengan sokongan yang diberikan keluarga sewaktu menghadapi kemelut tempoh hari, Aishah bagaimapun menafikan yang kontroversi itu menaikkan namanya sehingga lebih mendapat banyak tawaran berlakon

“Alhamdulillah keluarga saya memberi dorongan dan sokongan yang sangat baik pada diri saya dan tidak pernah putus membantunya.

“Tawaran berlakon yang saya terima bukan disebabkan kes tersebut, malah tawaran diberikan sebelum kejadian itu,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago