fbpx
Now Reading
‘Apa Kau Rasa Bila Kau Kat Tempat Aku?’ – Waris Nak Berhenti Guna Nama ‘Waris’

‘Apa Kau Rasa Bila Kau Kat Tempat Aku?’ – Waris Nak Berhenti Guna Nama ‘Waris’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B40DbxaH5nl/

Siapa tak kenal dengan waris, rapper dari Negeri sembilan yang banyak menonjolkan dan mengutamakan cara nyanyian menggunakan loghat negeri tersebut; sesuatu yang unik dan jarang digunakan oleh artis dari negara kita lagi-lagi bagi dunia mainstream.

Namun merasakan identiti tersebut menyebabkan masyarakat bagai kurang menghormati dirinya, waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias telah membuat keputusan untuk berhenti dan bertukar dari menggunakan nama tersebut

Menerusi perkongsian di Instagram, Waris meluahkan rasa tidak sanggup lagi apabila ada segilintir orang di luar sana memanggilnya bukan dengan panggi waris malah sebaliknya memanggilnya dengan nama ‘ jolobak ko jolobu’. Dia turut menulis “ Apa kau rasa bila kau dekat tempat aku? “ sebagai kapsyen.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda buruk atau terulakan hati korang semua.

“Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti menggunakan nama Waris. Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil dengan nama jolobak ko jolobu (lirik dalam lagu Gadis Jolobu),” katanya.

Dia juga dalam masa sama meminta pendapat pengikut dan rakan-rakannya untuk memberikan idea nama baru yang sesuai diguna pakai olehnya bagi menggantikan nama waris

Perkongsian Waris mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya, namun ramai yang menasihatinya agar mengekalkan nama tersebut memandangkan nama Waris yang melonjakkan namanya dan lebih dikenali di dalam industri hiburan negara kita.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.