fbpx
Now Reading
Belum Selesai Pantang, Aeril Zafrel Nak Satu Anak Lagi

Belum Selesai Pantang, Aeril Zafrel Nak Satu Anak Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masih lagi dalam proses berpantang selepas melahirkan anak pada 1 disember baru-baru ini, aktres Wawa Zainal berkongsi hasrat suaminya, Aeril Zafrel yang menginginkan seorang lagi cahaya mata lelaki untuk mencukupkan empat anak mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Wawa turut berkongsikan pengalaman merasai kesakitan yang lebih dari biasa sewaktu melahirkan anak ketiga mereka yang diberi nama Ayyasoffya.

“Tak sangka dah ada tiga orang anak. Aeril Zafrel minta dia nak tambah satu lagi anak lelaki.

“Tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu ya Allah kali ni beranak paling tak boleh lupa. Sakit dia betul-betul hujung nyawa rasa tapi bila si kecil ni keluar lega dia tu subhanallah,”

“Lain anak lain pengalamankan? Tapi kata orang beranak bayi perempuan sakit dia lain macam betul ke?” tulisnya sebagai kapsyen di Instagram.

Pasangan ini disatukan pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.