Nabila Razali Taknak Nyanyi ‘Gedik’ Lagi

Sebut sahaja nama Nabila Razali, pasti perkara pertama yang dibayangkan adalah genre lagu nya yang rancak, dan boleh dikategorikan agak ‘tergedik’. Namun Nabila atau lebih mesra dipanggil Bella untuk tahun 2020 ini bakal melakukan sesuatu di luar kotak .

Dipetik dari Xtra, Bella kini berkeputusan untuk tidak lagi tampil dengan imej dan muzik yang sama bersempena dengan tahun baru.

“Setakat ini Bella sudah ada 4 single. Tahun 2020, mungkin Bella akan keluarkan single terbaru, InshaAllah…sebab team Bella masih mencari lagu yang sesuai, dah lama juga hampir setahun tapi biar lambat asal selamat lah. 

“Bella nak keluar dari kepompong lagu-lagu rancak atau ‘gedik’.  Kalau nak cuba nyanyi lagu dangdut, macam lama lagi je…kalau nak menyanyi lagu rock pula, suara Bella tak sesuai. Biarlah lagu tu sesuai dengan halwa telinga pendengar. 

“Kalau nak cakap pasal konsep, Bella teringin nak rakamkan lagu ballad sebenarnya sebab kalau Bella kekalkan konsep yang sama untuk single terbaru ini, benda tu dah boleh dijangka, nanti orang bosan pula. 

“Sejujurnya, Bella dah terima beberapa demo tapi kami amat ‘fussy’ bab pemilihan lagu bukan sebab apa, tapi Bella sedar kemampuan vokal Bella tahap mana, jadi lagu yang dipilih nanti biarlah betul-betul bersesuaian dengan vokal dan ‘jiwa’ Bella,” katanya kepada portal berkenaan

Bila diajukan tentang perancangan nya untuk tahun tahun 2020, penyanyi itu berkata dia berharap dapat menghasilkan album dengan pemilihan lagu yang banyak dan dalam masa sama dapat mengeluarkan lagu duet

“Dulu ada plan nak rakamkan lagu duet, tapi dah ada orang lain yang berduet dengan penyanyi pilihan team Bella, jadi Bella tak nak lah repeat apa yang orang lain dah buat. Biarlah Bella cari rakan duet baru supaya nanti kami tak dibandingkan.

“Sebenarnya negara kita ramai bakat-bakat baru, jadi apa salahnya Bella cari rakan duet dari kelompok itu kan? Bella tak boleh nyanyi dengan penyanyi seperti Anuar Zain, sebab vokal kami tak sama…yang mungkin Bella boleh fikirkan adalah penyanyi seperti Ismail Izzani dan Sufian Suhaimi.

“Apa-apa pun Bella dah ada list sendiri, cuma kita mampu merancang je, kata putus adalah dari pihak pengurusan Nabila Razali,” kata pelantun lagu Vroom Vroom itu.

Terbaharu, Nabila akan digandingkan buat pertama kalinya dengan pelakon kacak, Aeril Zafrel  serta bebeberapa orang lagi nama besar seperi Datuk Jalaludin Hassan, Wilma, dan Elly Mazlein untuk drama berjudul Seindah Tujuh Warna Pelangi bagi Slot Akasia di TV3 yang difahamkan akan keluar di kaca TV pada Februari 2020 nanti. 

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

8 hours ago