fbpx
Now Reading
“Tak Pernah Menangis & Rasa Sebak Macamni ” – Intan Najuwa Sayu Tinggalkan Madinah

“Tak Pernah Menangis & Rasa Sebak Macamni ” – Intan Najuwa Sayu Tinggalkan Madinah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada melaporkan yang pelakon Intan Najuwa sedang berada di tanah suci untuk menunaikan umrah,.

Dilihat dari perkongsian di Instagramnya temoh hari, pelakon wanita itu bersama keluarganya memilih pakej umrah yang akan bertandang ke kota Madinah dahulu sebelum bergerak ke kota Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Terbaru, Menerusi Instastory, aktres ini meluahkan rasa sayunya apabila terpaksa meninggalkan Madinah selepas ‘mengecap kebabahagian dan nikmat’ beribadah beberapa hari di sana. Dia dalam dalam masa sama bersyukur kerana diberi peluang melawat dan merasai pengalaman beribadat di kota bercahaya itu.

“Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika ya Habiballah. Subur terakhir di Madinah. Sebaknya rasa hati. Berat sangat nak tinggalkan.

“Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku peluang untuk menikmati rasa ini,” tulisnya.

Aktres cantik itu turut mengakui tidak mampu menahan air mata kerana pengalaman yang dirasai itu sangat bermakna.

“Rasa yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Besarnya kuasa mu ya Allah.

“Tak pernah menangis dan rasa sebak macam ni. Perasaan untuk meninggalkan Madinah itu nyata.

“Saya doakan semua sedara Islam saya dapat rasa kenikmatan ini, doa saya sentiasa dengan anda semua,” tulisnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.