“Nak Nyanyi, Nyanyilah, Tapi Abang Belut Letrik Ni..” – Perang Mulut Amyza Aznan dan Aliff Syukri Makin Panas?

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa kecewanya kerana bakatnya dalam bidang nyanyian tidak hargai apabila tiada lagunya yang pernah tercalon di peringkat awal muzik-muzik.

Aliff turut mempersoalkan ciri-ciri pemilihan lagu kerana kesemua lagunya langsung tidak dipertandingkan sedangkan lagu-lagu tersebut telah mendapat berjuta tontonan di saluran digital YouTube.

Merasakan tindakan Aliff menyoalkan perkara terbabit agak keterlaluan, pelakon Amyza Aznan mengkritik usahawan berkenaan kerana kerap kali ‘menceroboh industri’ sedangkan dia seharusnya lebih sesuai menjadi penerbit .

Baca artikel berkaitan : Aliff Syukri Tak Puas Hati Tak Ke AJL?

‘Terbaru perang mulut antara mereka berdua nampaknya semakin panas apabila kenyataan yang disampaikan oleh Amyza seolah diputarbelitkan.

Ianya menjadi lebih panas apabila Pembantu Peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik berkenaan turut masuk campur, kongsi Amyza di Instagramnya

“Tak reti bahasa. Lepas tu spin. Sama naik dengan p.a dia. Tak payah nak cakap youtube channel aku takde orang tengok. Kau nak kata viewers aku tak berjuta. It’s okay!

“Tapi aku tak malu nak upload kat channel aku sebab tu content anak aku menyanyi and my son, a way better than your boss si belut letrik tu! Aku tak jual aib orang untuk view and I don’t sell cheapskate contents for living!” tulis Amyza membuka kapsyen nya

Kata Amyza lagi, tidak menjadi masalah jika usahawan kosmetik itu mahu menyanyi kerana menyanyi memang menjadi minat ramai orang di diluar sana. Tetapi tindakannya yang minta diiktirafkan di peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL) membuatkan ramai orang tertanya-tanya

“Abg belut letrik ni,dah kita ckp, nak nyanyi ,menyanyi lah, kita tak kisah pon,takde sapa kisah pon,ramai je yg minat menyanyi. Tapi mintak diiktiraf di peringkat AJL yang kami tak faham.

“Kenapa cuba nak mengganggu masuk campur dlm urusan AJL, mereka bukan juri karaoke, bukan juri pertandingan peringkat tadika.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

32 mins ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago