fbpx
Now Reading
“Apa Kurang Lagu Saya Berbanding Mereka Yang Tercalon?” – Aliff Syukri Tak Puas Hati Tak Ke AJL?

“Apa Kurang Lagu Saya Berbanding Mereka Yang Tercalon?” – Aliff Syukri Tak Puas Hati Tak Ke AJL?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8V-gQepno_/

Anugerah Juara Lagu ke 34 sudahpun melabuhkan tirainya malam tadi dengan kemenangan mutlak milik lagu Sumpah, nyanyian dan ciptaan Naim Daniel bersama Omar K.

Walaupun terselit beberapa kontroversi antaranya kesilapan teknikal berkaitan mikrofon penyanyi no 1 negara, Dato Seri Siti Nurhaliza, efek darah pada baju Aina Abdul dan kontroversi lagu Drama Band yang terang-terangan memerli banyak pihak dalam negara, AJL berlangsung dengan gemilang-gemilang.

Namun disebalik kehangatan AJL34 ini, usahawan kosmetik ,Aliff Syukri yang meminati dunia nyanyian meluahkan rasa kecewa kerana tiada lansung lagunya yang tercalon di peringkat awal Muzik-Muzik.

Menerusi Instagram, Aliff memuat naik video bersama kapsyen : “Apa kurang lagu saya?? berbanding mereka yg tercalon??”

Dalam video panlang lebar itu, Aliff turut mempersoalkan ciri-ciri pemilihan lagu kerana kesemua lagunya langsung tidak dipertandingkan sedangkan lagu-lagu tersebut telah mendapat berjuta tontonan di saluran digital YouTube.

Tambah usahawan itu lagi, dia agak kecewa kerana bakat nyanyiannya tidak sedangkan suaranya sedap dan merdu serta tidak perlu dipertikaikan lagi malah lagu-lagu yang dihasilkan setanding lagu nyanyian penyanyi hebat seperti Anuar Zain.

Namun tindakannya itu hanya mengundang kecaman netizen kerana ramai yang merasakan suaranya memang tidak sedap apatah lagi untuk tercalon di Muzik-muzik

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.