Ali Puteh Buat Permohonan Maaf Kepada Balu Abam, Sedia Undur Diri Dari Dunia Hiburan

Pergolakan yang melanda Allahyarham Abam selepas pemergiannya membuatkan ramai orang bersedih, semuanya gara-gara usahawan kosmetik , Aliff Syukri yang bertandang ke rumah Balu arwah, Hidayah Mohamad Ali sambil membuat perkongsian di Facebook Live miliknya

Pelawak Ali Puteh dalam satu sidang media petang Jumaat tadi, telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada balu Arwah abang nya, Siti Noorhidayah Mohd Ali.

Menerusi sidang media berkenaan, Ali turut mengakui yang dia terlalu mengikut perasaan sehingga bertindak memuat naik kata-kata berbaur hinaan kepada kakak iparnya itu.

Tambah nya lagi, dia gagal mengawal perasaan fikirannya bercelaru dan masih bersedih di atas kehilangan abangnya, Allahyarham Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.

Dalam masa sama, pelawak dari kumpulan Puteh yang baru sahaja menjuarai program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019)  turut memaafkan sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

“Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis bukan orang hacked(ceroboh) IG saya.

“Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.

“Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah.

“Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” katanya.

Ali yang disoal mengenai tindakan lanjutan selepas ini memberitahu yang dia dan ibunya akan bertemu Hidayah untuk menyelesaikan semua perkara.

“Saya dan ibu akan pergi bertemu balu Abam dan selesaikan apa yang perlu diselesaikan cuma ia akan berlangsung tanpa sebarang publisiti.

“Biarlah kami selesaikan sesama keluarga,” katanya.

Memetik dari Gempak Ali turut memberitahu yang dia sedia berundur dari dunia seni sekiranya tidak lagi diperlukan ekoran kontoversi tersebut selain dari niatnya untuk memberi fokus pada ibunya yang sebelum ini banyak di bawah jagaan arwah Abam.

“Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

“Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam…Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya,” katanya sambil menyeka air mata.

Tonton video sidang media di bawah :

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago