Saya Bersedia Jumpa dengan Ibu Ali Seperti Yang Diminta” – Aliff Syukri Mohon Maaf

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang baru-baru ini menjadi topik hangat ekoran salah faham yang terjadi diantaranya dan pelawak Ali Puteh , akhirnya mengemukakan permohonan maaf atas kontroversi tersebut dalam satu sidang media di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Salah faham itu yang turut melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey, Nor Hidayah terjadi ekoran dari tindakannya menyoal beberapa soalan sensitif melibatkan harta dalam masa sama merakam dan memuat naik video itu secara live sewaktu bertandang kerumah keluarga Hidayah menyebabkan kemarahan Ali yang juga adik kepada Arwah Abam.

Memetik Gempak, Aliff menerusi satu sidang media, turut membuat permohonan maaf kepada Hidayah malah turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam terutamanya ibu Arwah untuk menyelesaikan segala isu berbangkit 

“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai. 

“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.

“Jadi, saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Aliff dalam masa turut menjelaskan video klip yang dikongsikan nya tempoh hari sebenarnya sudah pun mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah sebelum ditayangkan secara langsung di Facebook miliknya.

“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” katanya.

Terdahulu, Ali sudah pun membuat permohonan secara terbuka kepada Hidayah dan bersedia berdamai dengan Aliff Syukri dengan syarat usahawan kosmetik itu untuk datang berjumpa dengan ibunya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

4 mins ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago