“Jumpa ibu tapi jangan rakam” – Ali Puteh Minta Aliff Syukri Jangan Buat Rakaman Semasa Jumpa Ibunya

Pelawak Ali Puteh dan juga adik kepada Allahyarham Abam Bocey menerima permohonan maaf usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ia bertujuan untuk enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abangnya yang hangat baru-baru ini.

Ali memberitahu, Aliff boleh bertemu ibu dan keluarganya untuk menyatakan hasrat memohon maaf.

“Seperti dinyatakan pada sidang media, Jumaat lalu, saya tak mahu isu ini berlarutan.

“Cuma, jika beliau (Aliff) mahu berjumpa dan memohon maaf, boleh bertemu dengan ibu dan keluarga saya.

“Ibu saya tak pandai guna telefon pintar atau media sosial termasuk video yang dimuat naik.

Menurut BH Online, Ali juga ada mengatakan dia meminta Aliff supaya tidak membuat rakaman video pada pertemuan itu.

“Tetapi satu sahaja syarat, saya minta beliau tidak membuat rakaman video pada pertemuan itu,” katanya.

Ali mengulas pengakuan terbaru Aliff yang mahu memohon maaf atas kontroversi membabitkan balu arwah Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan Ali.

Pada sidang media kira-kira jam 3 petang semalam, Aliff dilaporkan sedia bertemu ahli keluarga Abam untuk menyelesaikan semua isu berbangkit gara-gara perkongsian video live di Facebook (FB), baru-baru ini.

Aliff mendakwa tidak berniat melaga-lagakan mana-mana pihak dan sedia berjumpa ibu Ali seperti diminta.

BACA : “Saya-bersedia-jumpa-dengan-ibu-Ali-seperti-yang-diminta” – Aliff-Syukri-mohon-maaf

Ali berkata, dia tidak mahu lagi mengungkit kisah lama.

“Kalau ikut rasa amarah kita sebagai manusia biasa, memang akan terus dengan gejolak begitu.

“Tetapi kita berbalik kepada cerita dan sejarah dulu. Nabi Muhammad SAW diuji dengan dugaan lebih besar berbanding kita.

“Jadi, saya tiada dendam kesumat dalam hati… Saya anggap masalah ini akan tamat,” katanya.

Jumaat lalu, Ali mengaku enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan arwah abang dan mahu berjumpa kakak ipar untuk memohon maaf.

BACA : “Bertaubatlah-jangan-pecahkan-silaturahim-kami” – Ali-Puteh-sedia-berdamai-minta-Aliff-Ayukri-jumpa-ibu

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31, berkata dia merancang bertemu Nurhidayah secara tertutup bagi menyelesaikan kemelut itu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

15 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

42 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago