fbpx
Now Reading
“Bertaubatlah, Jangan Pecahkan Silaturahim Kami” – Ali Puteh Sedia Berdamai, Minta Aliff Syukri Jumpa Ibu

“Bertaubatlah, Jangan Pecahkan Silaturahim Kami” – Ali Puteh Sedia Berdamai, Minta Aliff Syukri Jumpa Ibu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ali Puteh sedia melupakan krisis yang melanda dirinya dan juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tetapi dengan syarat Aliff perlu berjumpa dengan ibunya dan memohon maaf.

Dia dalam masa turut memohon maaf kepada Aliff Syukri kerana gagal mengawal emosinya sehingga mengeluarkan posting mengecam usahawan itu di Instagramnya

Tambah Ali lagi, ibunya adalah orang yang paling terkesan  selepas tularnya video Aliff sewaktu mengunjungi kediaman balu Allahyarham Abam, Siti Noorhidayah Mohd Ali yang diselangi temubual ‘panas’ menyebabkan timbul pelbagai andaian termasuk fitnah

“Saya minta maaf kepada Aliff Syukri sekiranya tindakan saya melampau dan dipengaruhi rasa amarah sebelum ini.

“Saya sedar dan posting-posting berkaitan pun sudah saya padam daripada Instagram saya.

“Cuma, saya mahu Aliff Syukri jumpa mak dan minta maaf kepada dia kerana mak sangat sedih selepas menonton video tersebut,” katanya.

Dalam pada itu pelawak berkenaan turut menasihatkan Aliff i supaya bertaubat dan berhenti mengambil kesempatan terhadap kesulitan orang lain sehingga boleh memecah-belahkan silaturrahim dua keluarga.

Mana adab sebagai orang Islam? Dia muncul tiba-tiba sedangkan waktu kematian abang saya, langsung tak nampak batang hidungnya pun.

“Kepada Aliff, bertaubatlah kerana pintu taubat masih terbuka. Jangan pecahkan silaturrahim antara kami.

“Kalau ikhlas nak menziarah, tak perlu bawa kamera dan membuat content. Kalau bukan bertujuan nak melariskan saluran YouTube dia, kenapa tulis kapsyen: Untuk ketahui maklumat lanjut sila tonton….” katanya.

Dia turut menyatakan rasa syukurnya di atas ziarah yang dilakukan oleh Aliff namun soalan yang dikemukan usahawan kosmetik itu kepada kakak iparnya telah mengundang spekulasi dan seterusnya menjadi fitnah kerana salah faham.

“Dah bagi sumbangan, baliklah. Bukan saya tak bersyukur dengan sumbangan diserahkan kepada balu arwah (Nor Hidayah), tapi soalan tu kenapa perlu mengaibkan dan mewujudkan unsur fitnah?” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.