“Saya Anak Bongsu, Saya Sangat Manja.. ” – Akhirnya Chacha Maembong Buka Mulut Isu Dicium Abang Ipar

Selepas beberapa ketika mendiamkan diri isu tularnya foto dicium abang iparnya, di majlis pernikahan kakaknya Emma Maembong, Chacha akhirnya bersuara membuka mulut.

Dia yang temui HLive berkata, sebagai seorang anak bongsu dia sangat manja dengan semua orang terutama ahli keluarganya.

“Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya

“Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je ‘halal’ so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu

“Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family fasal benda ni,” katanya.

Padanya lagi isu foto tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang juga melakukan benda yang sama.

Gambar yang menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Namun statusnya ebagai selebriti padanya mungkin menyebabkan segala kelakuannyan menjadi perhatian ramai dan kerap nampak salah.


“Fasal gambar tu, it’s a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu…tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?
 
“Tapi biarlah orang nak cakap, cakap je lah…Saya swipe-swipe orang lain ada je gambar macam tu…tak ada pun nak bising.

“Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita.
 
So cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa so, i just keep it low,” ujarya lagi kepada HLive!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago