Famous ‘Shah Rukh Khan’ Malaysia Buat Video Parodi Dekat Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Jumlah tontonan video parodi hasil ciptaan produksi tempatan, K-Productions melebihi 165 ribu sehingga menyebabkan ramai yang terhibur dan melting habis dengan adegan yang dilakonkan dalam babak filem Kal Ho Naa Ho itu.

Lokasi pengambaran yang berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu bagi mendapatkan ‘feels’ seperti yang dilakonkan dalam babak filem Kal Ho Naa Ho tersebut.

Video parodi berdurasi 2 minit 16 saat itu berjaya mendapatkan perhatian netizen selepas ia mula ditularkan di Twitter. Boleh dikatakan rata-rata netizen mengakui bahawa mereka amat kagum dengan rakaman video berkenaan.

Jejaka yang berada di posisi tengah aka Shah Rukh Khan Malaysia bernama Ramadhan. Dia mendapat gelaran Shah Rukh Khan Malaysia kerana melakonkan watak ‘Aman Mathur’ didalam video parodi tersebut.

Dengan karakter yang bersahaja dan begitu menjiwai watak, lakokannya menurut netizen, bagaikan melihat Shah Rukh Khan sebenar dalam video parodi tersebut.

Menurut Sinar Harian, pengurus K-Production, Ahmad Syafiq mendedahkan sebelum ini K-Production sering menghasilkan video pendek atau cover lagu. Namun, idea mengenai video parodi ini datang daripada Ramadhan kerana dia minat akan video Hindustan.

“Dia minat dengan video Hindustan, jadi kami ambil peluang sokong minatnya.”

“Tak sangka video parodi jadi viral, namun saya bersyukur dan teruja pada masa yang sama.” Katanya lagi.

Menerusi ruangan komen di sosial media, ramai yang terhibur dan cair dibuatnya apabila melihat lakonan dalam video tersebut.

Rata-rata ramai netizen memberikan komen yang positif terhadap video parodi seperti ada yang ‘melting’ dan ada juga yang ‘touching’ habis dengan watak dalam video tersebut.

“Pergh mantap memang sebijik”

“Nice gila video ni. Smooth ja. Keep it up!”

“Kenapa aku nak menangis ni. Touching”

“Sis is melting right now”

Namun, pasti ada segelintir yang memberikan komen yang lucu seperti Ain Nasihah ini. “Hahaha boleh tahan tapi kalau nak lebih sama dengan SRK Malaysia kena banyak main kening.. hahaha” katanya mengenai wajah Ramadhan yang iras seperti Shah Rukh Khan

Tonton video penuh di bawah :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago