Isteri John Legend Alami Keguguran, Bayi Tak Dapat Diselamatkan

Model dan penulis buku masakan, Chrissy Teigen mengalami keguguran yang mengakibatkan dia kehilangan bayi lelaki sehari selepas dia memuat naik tentang penderitaan komplikasi ketika mengandung.

Chrissy juga mengupload gambar hitam putih pada Twitter dan Instagramnya yang menunjukan dia sedang duduk di katil hospital dalam posisi berdoa dan terlihat menangis. Gambar di Instagram pula menunjukan dia memegang bayinya sambil suaminya, John Legend mencium bahunya itu.

Chrissy yang mengalami pendarahan yang banyak dan sudah beberapa kali melakukan pemindahan darah untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya itu.

“Kami tak mampu menghentikan pendarahan dan memberikan cairan yang diperlukan bayi kami. Biarpun beberapa beg darah sudah dimasukkan tapi ia tetap tidak cukup,” tulisnya di laman Instagram miliknya itu.

Hal ini menyebabkan mereka berada dalam kesedihan, berikutan ia kali pertama berlaku kepada pasangan ini.

Tambah juga, Chrissy meluahkan rasa kecewa dan menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan bayi lelakinya yang diberi nama Jack itu.

“Kepada Jack, saya sangat menyesal di awal hidup kamu mengalama banyak komplikasi sehingga kami tidak dapat memberikan ruang untuk kamu perlukan untuk bertahan hidup. Kami akan selalu menyayangimu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ia bukanlah kali pertama Chrissy mengalami masalah dalam kehamilan ketiganya ini. Sebelum ini, dia pernah mendedahkan keadaan kandungannya sihat namun plasentanya tidak cukup membantu bayi itu untuk membesar di dalam perut.

Penyanyi terkenal, John Legend berkahwin dengan Chrissy Teigen pada tahun 2013 dan mereka mendapat dua cahaya mata dari hasil perkahwinan mereka.  

Sumber dari: The New York Times https://www.nytimes.com/2020/10/01/style/chrissy-teigen-john-legend-baby.html

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago