Muzik Video Raih 2 Juta, Iman Troye Tak Sangka Lagu ‘Teman’ Dapat Sambutan [Video]

Baru seminggu saja, muzik video untuk lagu Teman ini sudah mencapai lebih 1.9 juta tontonan di Youtube. Hebat betul!

Siapa sangka, penyanyi cantik yang baru sahaja berusia 18 tahun ini mampu mengukir namanya dalam industri muzik Malaysia.

Menurut Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye menjelaskan bahawa jumlah itu adalah benar dan tiada unsur manipulasi data sekali pun.

Biarpun begitu, video lirik lagu Teman ini telah mendapat tontonan sebanyak 3.3 juta dalam masa sebulan sahaja tau! Macam tak percaya kan?

Salah satu faktor yang mendorong lagu ini meraih tontonan yang banyak kerana rentak lagunya itu dapat meredakan tekanan disamping muzik videonya yang terlihat mengagumkan.

“Sebagai pendatang baru, saya sangat tidak sangka dengan sambutan luar biasa itu. Pada saya, sambutan itu mungkin disebabkan kejyatan melodi lagu itu yang mesra telinga. Pendengar mungkin menikmati lagu itu untuk lepaskan tekanan,” katanya.

Tambahan pula, ada yang mengatakan sebutan penyanyi cantik yang berasal dari Kuala Lumpur ini kurang jelas dalam nyanyiannya itu. Namun, Iman sedia maklum akan suara aslinya memang begitu dapat tidak dapat dielakkan.

“Saya memang baca setiap respon daripada pendengar terutamanya di Youtube. Ada yang mengkritik namun saya ambil dari sudut positif bagi memperbaiki lagi teknik nyanyian.

“Bagaimanapun, bagi komen yang kata suara saya seperti suara ‘kemam, ia memang begitu kerana itulah nyanyian semula jadi saya. Apapun, saya pasti akan perbaiki segala aspek untuk lagu seterusnya,” ujarnya lagi.

Menerusi laman Instagram milik Iman ini terlihat aktif dalam memuat naik video nyanyiannya sejak dia berusia 16 tahun lagi. kemudiannya dilamar oleh sebuah syarikat rakaman, XO House sebagai artis rakaman mereka.

Iman yang mempunyai seramai 1 juta pengikut di laman Instagramnya juga aktif dalam bidang permodelan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago