Excited! Ini 6 Drama Korea Yang Bakal Ditayangkan Pada Bulan November Ini

Buat mereka yang gemar menonton drama pasti akan menghabiskan masa lapang anda di hadapan TV bukan? Lagi-lagi musim PKPB yang memerlukan kita untuk banyak duduk di rumah.

Jadi memandangkan dah masuk bulan baru, November dibawah kami kongsikan beberapa drama Korea yang bakal ditayangkan bulan ini.

Kalau nak tahu jom ikuti kami tengok drama-drama korea yang menarik untuk tahun ini.

#1 Birthcare Center

Foto Kredit: Kakimuvee
  • Drama ini mengisahkan tentang seorang eksekutif muda, Oh Hyun Jin yang baru sahaja melahirkan anak pertamannya.
  • Dia yang tinggal di pusat eksklusif rawatan penjagaan dalam pantang selepas bersalin.
  • Semasa disana, dia mula bertemu dengan para ibu yang juga baru melahirkan termasuklah, Jo Eun Jung.
  • Dia yang malu kerana semua ibu disana pandai menguruskan bayi tapi dia sebaliknya biarpun dia paling tua dari kalangan ibu-ibu disana.
  • Drama ini akan mengantikan slot Record of Youth nanti.
  • Drama ini mempunyai 8 episod dan akan mula ditayangkan pada 2 November 2020.

#2 Live On

Foto Kredit: Kakimuvee
  • Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Baek Ho-Rang terkenal di media sosial dan di sekolahnya disebabkan penampilannya yang cantik.
  • Namun begitu, dia hanya mempunyai seorang kawan kerana sikapnya yang poyo itu.
  • Dia berdepan dengan masalah ketika mengetahui bila ada seseorang yang cuba membongkarkan rahsianya.
  • Dia yang kemudiannya bergabung dengan kelab penyiaran sekolah menengahnya untuk mencari pelaku tersebut.
  • Drama ini akan mula ditayangkan pada 17 November 2020 selama 8 episod.

#3 Take Revenge

Foto Kredit: Kakimuvee
  • Drama ini mengisahkan tentang seorang bekas wartawan iaitu Kang Hae Ra yang diberikan kesempatan untuk membalas dendamnya dan melawan orang-orang yang berkuasa dalam masyarakat.
  • Drama ini akan ditayangkan pada 21 November dan mempunyai 16 episod.

#4 Amazing Rumor

Foto Kredit: Kakimuvee
  • Drama ini menceritakan tentang kisah pemburu makhluk ghaib yang bergerak secara kumpulan digelar Counters.
  • Ia dimana masing-masing mempunyai kebolehan istimewa,
  • Mereka yang menyamar sebagai pekerja restoran mee.
  • Drama ini mempunyai 16 episod dan bakal ditayangkan pada 28 November 2020.

#5 Awaken

Foto Kredit: Kakimuvee
  • Drama ini merupakan drama misteri pembunuhan yang mengikuti hubungan antara misteri peristiwa yang berlaku pada masa sekarang dan rahsia di sebalik kejadian misteri yang berlaku di sebuah kampung 28 tahun yang lalui.
  • Watak utama iaitu Do Jung Woo itu merupakan ketua pasukan tugas khas di Agensi Polis Kebangsaan.
  • Drama ini bakal ditayangkan sebanyak 16 episod pada 30 November 2020 ke kaca televisyen korang nanti.

#6 Fly from Rags to Riches / Delayed Justice

Foto Kredit: Kakimuvee
  • Drama ini diadaptasikan dari kisah benar iaitu tentang Park Tae Yong yang merupakan seorang peguam bela yang tidak melalui jalan tipikal untuk jadi peguam.
  • Dia yang tidak seperti peguam yang lain kerana setelah tamat sekolah, dia tidak meneruskan pembelajarannya ke universiti. Tetapi, dia lulus ketika mengambil ujian undang-undang.
  • sifatnya yang penuh keadilan dan empati terhadap orang itu membuatnya membela semua tertuduh walaupun kesalahan kecil seperti kes curi roti kerana kelaparan.
  • Selain itu, Park Sam Soo seorangan wartawan yang mempunyai kemahiran penulisan yang hebat, namun lebih gemar mencari cerita yang diabaikan oleh wartawan lain.
  • Kerana sifatnya sama dengan Park Tae Young itu menyebabkan mereka bekerjasama menolong mangsa undangundang yang disalah tuduh.
  • Drama ini bakal ditayangkan sebanyak 16 episod pada 30 Oktober 2020.

Jadi nantikan drama Korea terbaru yang bakal menemani korang sepanjang November 2020 ini. Selamat menonton!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago