Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof hari ini meluahkan rasa kecewanya berhubung kenyataan pelakon dan bekas Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac yang menurutnya membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadapnya.
Menurut Eizlan, Hans telah menuduhnya terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.
Perbuatan itu jelasnya lagi dilakukan Hans di dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada dua hari lalu, iaitu 16 November.
“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang ahli PFM menghantar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp. Apabila saya baca memang terkejut sebab dia mengaitkan nama saya. Perkara ini menjadi bualan dalam kalangan mereka.
“Semalam, terdapat ahli PFM sudah menghentam saya secara peribadi dan mahu membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta mendesak saya meletakkan jawatan.
“Bagi saya, ini isu besar kerana mereka berpendapat saya sudah salah guna kuasa sehingga dapat dana, sedangkan saya tak ada kena mengena dengan syarikat itu sama ada selaku pengarah atau pemegang saham. Apabila ditekan ahli PFM, bagi saya ia sudah melampau,” katanya.
Susulan itu dia yang juga Ahli Perbadanan Finas kemudiannya melantik peguam daripada Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk mengambil tindakan terhadap Hans.
“Dakwaan ini memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya sudah terkesan akibat dusta ini, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan Finas dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang sudah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” katanya.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…
Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.