Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Selepas negara digemparkan dengan dua insiden yang menimpa tonggak utama Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan Faisal Halim, kini seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim pula dilaporkan diserang dua individu yang tidak dikenali pada malam tadi (7 Mei).

Perkara itu mula tular di media sosial malam tadi, apabila pemain berusia 37 tahun itu memuat naik keadaan keretanya selepas serangan itu dan tangkap layar laporan polis yang dibuatnya.

Dua lelaki menaiki motosikal serang Safiq ketika memandu

Menerusi salinan laporan polis yang dikongsikan, Safiq didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.

Difahamkan, semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City jenis hatchback yang dipandunya telah dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.

Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian

Safiq kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.

JDT tingkatkan keselamatan, para pemain juga dinasihatkan untuk berhati-hati

Susulan kejadian itu, JDT menerusi satu kenyataan di media sosial menyatakan kelab bola sepak itu akan meningkatkan keselamatan para pemain mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, pihaknya juga telah menasihatkan para pemain untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran di media sosial pada setiap masa.

“Kami menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara ini dengan segera.

“Insiden itu (Safiq), bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim pada baru-baru ini tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak,” katanya.

Polis giat kesan suspek pecah cermin kereta Safiq

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau Malaya itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengesan dan menangkap suspek yang terbabit. Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai,” ujar Raub dipetik Harian Metro.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita Faisal Halim yang disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Damansara bersama keluarganya selepas bermain go-kart.

Kejadian itu berlaku selang beberapa hari selepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid yang menjadi mangsa pukul dan samun di Kuala Terengganu.

Baca Artikel Berkaitan: Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago