“Masih Ada Juri Berfikiran Lama”- Hattan Kecewa Dengan Pemilihan Finalis AJL 35

Episod ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung malam tadi selepas beberapa minggu ditunda menyaksikan pengumumam 12 finalis yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35.

Meskpipun ada yang bergembira dengan senarai tersebut namun kebanyakan peminat dilihat tidak senang dengan keputusan tersebut apabila beberapa lagu yang dikatakan favourite tidak tersenarai ke Final, antaranya lagu Sembah (Naim Daniel) Sakit (Zynnakal & Yonnyboii) serta Takkan Terlerai (Ernie Zakri & Syamel)

AJL adalah pertandingan lagu bukan nyanyian

Komposer terkenal, Azmeer selaku ketua juri kemudiannya tampil menjelaskan bahawa AJL adalah suatu pertandingan untuk lagu dan bukan untuk nyanyian.

Jelasnya semua lagu bertarung sewaktu di SFMM35 adalah karya terbaik, namun ada kekurangan sewaktu pemarkahan dilakukan.

“Semua lagu (di SFMM35) adalah juara. Bukannya tak bagus, cuma dari sudut pemarkahan ada kurang sedikit. Contohnya lagu Sembah nyanyian Naim Daniel, juri merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal. Saya faham, dalam persembahan ada konsep yang diketengahkan, namun keindahan lagu juga penting,” katanya.

Malah menurutnya ada lagu yang dipertandingkana seperti Sakit lebih sesuai dikategorikan sebagai lagu popular namun tidak memenuhi kriteria untuk layak ke AJL .

“Saya suka lagu itu, tetapi ia lebih kepada lagu popular dan bukan lagu pertandingan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

“Kalau dah tahu jangan lah calonkan”

Namun jawapan Azmeer kemudiannya menarik perhatian penyanyi terkenal, Datuk Hattan yang jelas tidak bersetuju dengannya.

Menurut Hattan, semua orang perlu tahu mengenai revolusi muzik yang sedang berlaku di seluruh dunia justeru dia meminta barisan juri untuk berfikir di luar kotak dan perlu menerima pembaharuan.

Mengakui kecewa dengan pemilihan tersebut, Hattan merasakan ada dikalangan juri yang masih berfikiran cara lama.

“Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal.

“Banyak perkara baharu berlaku dalam muzik sekarang. Malah anak saya sendiri, Adam kata masa saya sudah berakhir. Saya pun mengakui kata-katanya. Kita kenalah hormat” jelas Hattan.

“Penjiwaan hebat lagu sakit wajar dihormati”

“Macam lagu Yonnyboii (Zynakal), penjiwaan yang hebat menerusi lagu Sakit wajar dihormati. Sekarang bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah.

“Saya amat terkejut apabila Sakit gagal ke AJL35 kerana masih ada juri berfikiran cara lama. Kenalah bagi ruang untuk bakat baharu berkarya,” katanya kepada Harian Metro.

Lagu Zynakal -Sakit mempunyai ‘soul’

Tambahnya kenyaataan Azmeer berkaitan penjurian juga amat kurang sesuai.

“Saya lihat kenyataan Azmeer berkenaan penjurian amat kurang sesuai. Ada lagu yang terpilih tiada apa-apa kelainan sedangkan peminat nak sesuatu yang segar.

“Lagu Sakit adalah sesuatu yang segar dan patut diketengahkan lagi. Penjiwaan Yonnyboii (Zynakal) yang mengaku kesalahannya sangat ‘soul’,” katanya.

“Saya lihat juri nak pilih lagu yang menjerit-jerit sedangkan zaman itu sudah berlalu. Industri muzik kita sepatutnya perlu bergerak ke hadapan dan bukan mundur ke belakang atau berada di takuk lama,” katanya.

Dalam pada itu mengenai isu gitar pada persembahan Naim Daniel yang gagal ke AJL, Hattan meminta Azmeer untuk menikmati lagu tersebut tanpa gitar dan menghayatinya.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago