IG Shuk Diserang Netizen Selepas Isteri Dedah Dia Kembali Curang

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Laman instagram pelawak dan pengacara, Shuk Sahar hari ini teruk ‘diserang’ netizen selepas isterinya , Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Seraa mendedahkan Shuk kembali berlaku curang.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Seraa telah memuat naik luahan hatinya mengenai Shuk yang menurutnya telah kembali berhubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya dahulu iaitu Farah.

Menurut Sera, dia telah mencari Shuk di rumah wanita ditemani PA Shuk, selepas suaminya tidak pulang ke rumah.

Namun disana dia telah dihalang malah dihalau dari rumah tersebut meskipun dia begitu yakin Shuk pada waktu itu berada di dalam rumah berkenaan.

Kau tak balik duduk rumah betina ni

“Terima kasih dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku bertahan sampai tahap ini, menutup segala celah yang buruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Kau biarkan aku kena maki hamun dengan betina ni selama ni. Aku suruh kau keluar, kau tak keluar, kau tak balik duduk rumah betina ni.

Allah tu maha adil.. naluri isteri x pernah salah..

Menerusi satu lagi perkongsiaan, Sera menjelaskan PA Shuk yang menemaninya kemudian menghubungi wanita tersebut meminta Shuk keluar.

Tambah Seraa, Shuk kemudian bercakap dengan PA nya menggunakan telefon wanita tersebut namun dia enggan keluar dari rumah tersebut selagi dia ada disana.

“Seraa ada saksi pergi sini dgn p.a shuk. Dia kol Faara.. suruh Shuk keluar.. shuk bercakap melalui telefon fara kata taknak keluar selagi aku ada. Apa jadi dia takkan keluar.

 “Bayangkanlah apa perasaan aku .. aku tak pernah sesedih ini.. sesakit ini ” tulis Seraa menerusi perkongsian tersebut.

Selalu dimaki oleh skandal Shuk

Dalam satu lagi perkongsian berbeza, Seraa turut mendedahkan yang dia selalu dimaki dan dihina oleh wanita tersebut. Malah dia turut memuat naik satu tangkap layar perbualan whatsapp diantanya bersama perempuan tersebut.

Menerusi foto tersebut jelas wanita berkenaan seorang wanita yang bermulut lancang malah sanggup membahasakan Seraa dengan kata-kata makian dan nista.

“Aku selalu kena maki kena whatsapp, aku sudha cukup tabah, sudah cukup sabar.. tapi kau Shuk tak pernah hargai” tulis Sarah lagi.

Malah Seraa turut berkongsi satu video dipercayai video lama dimana Shuk sedang bercakap dengan wanita tersebut menggunakan loud speaker membuktikan wanita berkenaan memang seorang yang kasar bahasanya.

Malah menerusi video sama, wanita tersebut dilihat cuba mengugut untuk melibatkan keluarga Shuk dan Seraa didalam hal berkenaan.

Netizen jadi berang dan serang IG Shuk

Satu demi satu pendedahan yang dilakukan Sera menyebabkan orang ramai mula menjadi berang dan terus menyerang akaun Instagram Shuk.

Memandangkan Shuk kebetulan ada membuat perkongsian di laman IGnya mengenai satu suara ‘misteri’ seolah seorang wanita menangis sewaktu dia sedang bersiaran live, netizen memabil peluang dengan melepaskan geram mereka pada ruangan komen tersebut.

Itu suara bini kau menangis

Malah ada yang mengaitkan suara mistik tersebut dengan isterinya dengan menyatakan ia adalah suara isterinya yang sedang menangis.

Kaki curang

Doa isteri teranaiaya ni makbul

Perempuan mulut puaka tu kau pilih

Bawak-bawak insaflah

Setakat artikel ini ditulis, Shuk belum lagi memberikan sebarang respon mengenai dakwaan isterinya ini.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago