3 Hari Mimpi Benda Sama, Ratu Balqis Buat Keputusan Berhijab

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya semakin hari semakin ramai selebriti didalam negara yang kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab.

Terbaru, penyanyi yang juga bekas peserta Mentor Milenia, Ratu Balqis pula mula tampil dengan imej berhijab.

Mengakui dia kini dalam proses untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik, Ratu Balqis mendedahkan dia mula menutup aurat dan mengubah penampilan selepas mengalami mimpi aneh yang sama pada awal tahun ini.

“Tak mahulah cakap sudah bertudung sepenuhnya kerana saya masih lagi dalam proses belajar, tapi apa yang saya boleh cakap sekarang saya cuba perlahan-lahan belajar menutup aurat.

“Hati saya mula terdetik selepas tiga hari didatangi mimpi yang sama sehinggalah saya terfikir untuk cuba berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik,” kata Ratu Balqis kepada mStar.

Malah dia turut mendapat dorongan dari ibunya untuk berubah dan mendekatkan diri Maha Esa.

“Ibu pun nasihat saya untuk berubah, dekatkan diri dengan Allah, jaga solat dan sebagainya… sebab itu saya cuba dengan menutup aurat terlebih dahulu,” katanya lagi

Malah carian kami di Instagramnya juga mendapati dia sudah memadam kesemua foto-foto lama yang tidak mengenakan hijab.

Tambah Balqis, ramai yang turut memberi reaksi positif dengan penampilan barunya sekaligus memberikan sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah ramai yang puji dan beri kata-kata semangat… dalam keadaan sekarang ini saya perlukan sokongan semua pihak.

“Sejujurnya banyak lagi yang saya perlu belajar kerana diri ini masih belum sempurna. Doakan saya istiqamah dan kekal dengan imej begini,” ujarnya yang memilih untuk terus berjuang dalam kareer nyanyian.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

16 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

17 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

18 hours ago