Kecoh Isu Tukar Jarum Vaksin Sewaktu Sesi Suntikan PM, Doktor Ini Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Umum pasti mengetahui semalam secara rasminya bermulalah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi invidu pertama dalam negara yang menerima vaksin.

Namun disebalik program tersebut, muncul dakwaan dikalangan antivaksin bahawa jarum suntikan yang diberikan kepada beliau sewaktu suntikan tersebut telah ditukar ganti dengan jarum lain.

Enggan berdiam diri, seorang pakar perubatan  Dr. Arisman, kemudiannya tampil membidas tuduhan berkenaan dan menjelaskan situasi berkenaan kepada orang ramai.

Betul ke ni doktor jarum dia berubah?

Ada follower tanya “Betul ke ni doktor, jarum dia berubah?? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren?? Menipu ke? Risau takut info ni mengelirukan masyarakat luar sana.

Terima kasih. Betul. Bagi mereka yang tak tahu, ianya akan sangat mengelirukan. Antivaksin setiap masa akan cuba cari cara dan helah untuk menipu kita dan membenci kepada vaksin.

Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka suntik di klinik-klinik, mereka selalu nampak keadaan ini. Nurse akan melakukan hal yang sama. Apa dia? iaitu :

1.Ambil jarum dengan saiz lebih besar untuk menarik masuk ubat dari ampoule/vial vaksin. Kenapa? Sebab lebih cepat dan mudah prosesnya menarik ubat untuk masuk ke dalam picagari (syring) dengan cepat.Ada yang pakai warna biru (saiz 23G), ada yang pakai lebih besar seperti warna hijau (saiz 21G)

2. Selepas ubat dah masuk dalam picagari (syringe), kemudian nurse/doctor akan tukarkan jarum sahaja kepada saiz yang lebih sesuai iaitu tempat suntikan dan saiz badan individu. Picagari tak akan bertukar ya.

Jika nak suntik pada bahagian punggung orang dewasa yang lebih tebal isi kulit dan lemak, maka doktor akan tukarkan kepada jarum warna biru juga (jarum berbeza dengan jarum yang dipakai pada awalnya) ataupun jarum berwarna hijau.

Jika nak suntik pada bahagian lengan, nak pakai jarum biru pun boleh jika berbadan besar, tetapi kebanyakkan kami akan memilih jarum berwarna oren kecil bersaiz 25G.Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya.

Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor/nurse ingin mengambil darah pesakit. Ada macam-macam warna kan?

Juga mengelakkan kontaminasi silang/cross infection

Selain itu, antara sebab penting perlu tukar jarum tersebut adalah untuk mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

7 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

7 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

7 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

8 hours ago