Sharifah Rose Tak Ambil Hati Dilabel ‘Kayu’, Terima Kecaman Untuk Perbaiki Bakat Lakonan

Rata-rata pengguna media sosial terutamanya golongan muda pasti ‘familiar’ dengan Instafamous Sharifah Rose kan? Dia memang terkenal dengan rupa parasnya yang cantik dan merupakan seorang model sambilan beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, dia telah berkongsi sebuah video ‘teaser’ drama bersiri Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang menampilkan dirinya sebagai pelakon utama. Malangnya dia telah menerima pelbagai komen negatif dan kecaman daripada netizen yang melabelkan lakonannya kayu.

Menerusi laporan Kosmo, Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira menganggap kecaman yang diterima adalah penting buat dirinya untuk memperbaiki setiap kelemahan dan dia juga tidak serik untuk terus berlakon di masa hadapan.

Foto: IG Sharifah Rose

Kecaman dan teguran itu perlu

“Pada pandangan saya, kecaman dan teguran itu perlu. Dari situ, saya akan melihat semula kesilapan dan apa yang perlu ditambah baik dalam lakonan. Tiada manusia yang sempurna. Selagi diberikan kepercayaan dan peluang, saya tidak akan serik untuk berlakon. Ini ha­nyalah permulaan karier lakonan saya.”

Tak terhenti di situ, gandingannya bersama Redza Rosli turut dikecam menerusi postingnya di Twitter dan dianggap sekadar untuk tangkap muat.

Macam mana boleh dapat job berlakon

Rata-rata netizen telah melemparkan kecaman melabelkan dirinya sebagai kayu, tetapi ada juga yang berpendapat dia masih mentah dalam bidang lakonan dan memerlukan masa untuk memperbaiki bakatnya itu.

Dia baru mula dunia lakonan

Jangan jatuhkan dan beri support

Drama bersiri 20 episod arahan Nizam Zakaria ini boleh ditonton pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Foto Kredit: IG Sharifah Rose

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

2 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

22 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago