“Saya Suka Tengok Dia, Humble, Tak Gedik..” – Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Mendalam

Umum pasti mengetahui bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkifli  yang bergelaran usahawan dan penyanyi sudah pun membawa dirinya ke Indonesia.

Malah dia berkemungkinan untuk berhirhah ke sana bagi untuk mencari ketenangan selain urusan kerja.

Sebaik tiba di sana, orang pertama yang bertemu dengannya adalah penyanyi popular, Dato’ Sri Rossa selepas mereka berdua terserempak di sebuah tayangan perdana bagi FIlem Love Knots.

Namun siapa sangka, pertemuan tanpa disengajakan itu membuatkan Iqbal cuba untuk mendekati dan mengenali Rossa dengan lebih mendalam.

Menerusi laporan mStar, Iqbal yang baru sahaja bertemu Rossa pada hujung minggu lalu menyifatkan penyanyi cantik itu sebagai sorang yang lemah lembut, sopan serta minimalis dalam berfesyen.

“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.

“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.

“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,”

Iqbal Zulkifli

Dalam masa sama, Iqbal turut meluahkan rasa lega apabila kehadirannya di negara seberang itu disambut baik oleh netizen disana.

Dia difahamkan ada menyimpan hasrat untuk tinggal lama di sana untuk mencuba nasib memasuki pasaran Indonesia.

Cuba untuk approach Melly Goeslow untuk hasilkan lagu

“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia. Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.

“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago