“Kacang Lupakan Kulit..” – Iqbal & Vida Perang Mulut Gara-Gara Gegar Vaganza

Beberapa hari lalu, usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli ada meluahkan hasratnya untuk menaja program realiti kegemaran ramai, Gegar Vaganza.

Menurut laporan mStar, dia sebenarnya sudah berhasrat untuk menaja tersebut sejak awal 2021 namun rezeki belum memihak kepadanya.

Justeru dia ingin mencuba nasib menjadi penaja bagi Gegar Vaganza tahun hadapan selain membawa kelainan kepada program tersebut.

Baca artikel berkaitan : Iqbal Zulkefli Rancang Nak Taja Gegar Vaganza Musim Depan

Namun menerusi Instagram mStar, Iqbal telah meninggalkan komen seolah tidak mahu disamakan dengan mana-mana penaja terdahulu. Malah menurutnya lagi, dia juga tidak akan mengambil kesempatan untuk hanya mempromosikan produknya jika diberi peluang menaja rancangan berkenaan.

Mungkin tidak selesa dengan komen yang ditulis Iqbal, bekas majikannya iaitu Datuk Seri Vida kemudiannya tampil menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Vida dalam masa sama turut memuat naik tangkap layar komen yang ditulis Iqbal di posting sama.

“Dulu nak masuk TV takut, kecut”

Tegas Vida, Iqbal seorang yang lupa daratan walhal dia selama ini banyak membantu bekas pembantu peribadinya (PA) itu dalam membina keyakinan untuk muncul di TV.

Malah dia turut meminta Iqbal agar tidak mendabik dada kerana apa yang dilakukan usahawan tersebut kini adalah hasil tunjuk ajarnya.

“Dasar kacang lupakan kulit”

“Apa masalah kamu? Nak menganjing? Sedar diri boleh?

“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.

“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” luah Vida.

Sebagai info, Vida menerusi syarikatnya Vida Beauty Sdn Bhd pernah beberapa kali menjadi penaja utama Gegar Vaganza.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago