“Mahal! Sesuatu Yang Tak Boleh Dibeli” – Ozlynn Puji Keharmonian Keluarga Besar Johan Meski Berlainan Agama

Peminat dunia hiburan pasti tahu yang pelawak dan pengacara, Johan Raja Lawak mempunyai darah kacukan Cina di belah ibu dan Melayu di belah ayahnya.

Sempena dengan Tahun Baru Cina pada baru-baru ini, Johan dan isterinya, pelakon Ozzlyn Waty bersama anak-anak mereka telah menyambut perayaan berkenaan di rumah keluarga besar Johan iaitu abang kepada ibunya.

Yang menariknya sewaktu meraikan perayaan tesebut, Ozlynn menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan betapa harmoninya hubungan keluarga besar Johan malah mereka saling menghormati sesama sendiri meskipun berlainan agama.

Mengakui pengalaman terebut sebagai sesuatu yang ‘mahal’, Ozlynn menjelaskan ini kerana mereka telah menyediakan sebuah bilik khas untuk keluarga kecil Ozlynn dan Johan menumpang solat.

“Mahal! Sesuatu yang kamu tak boleh beli. Beraya di rumah paklong, Popo (Mak Johan) punya abg ipar, bagi bilik utk kami tumpang solat. Semua menghormati agama masing-masing,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.

Chantiq dan Moleiq sedang solat di dalam bilik, Atok sedang sembahyang di luar

Malah menerusi posting sama, dia turut berkongsi video memperlihatkan ahli keluarga berkenaan sedang bersembahyang mengikut kepercayaan masing-masing di mana dua anaknya iaitu Chantiq dan Moleiq sedang bersolat di dalam bilik manakala atuk saudara mereka pada ketika itu sedang bersembahyang di ruang tamu.

“Tu video Chantiq n Moleiq tengah solat. Cucu solat dlm bilik atuk sembahyang dekat luar,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian pengikutnya dan rakan selebriti di mana rata-rata mereka dilihat menzahirkan pujian buat keluarga pelawak berkenaan kerana dilihat begitu menghormati agama lain.

Ramai yang turut berharap agar perkara ini dapat diterapkan oleh semua keluarga di Malaysia memandangkan negara kita mempunyai pelbagai budaya, agama dan bangsa.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

8 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

45 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

1 hour ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago