Isu Vaksin, KJ Saman Lokman Adam dan Ustaz Abu Syafiq

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) memfailkan saman fitnah terhadap bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin Covid-19.

KJ selaku plaintif difahamkan telah memfailkan dua saman tersebut atas kapasiti peribadi menerusi Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu dengan menamakan Lokman dan Ustaz Abu Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Rasyik Mohd Alwi masing-masing sebagai defendan.

Menurut laporan BH, saman itu dilakukan KJ susulan penulisan vaksin Covid-19 dan dos penggalak yang berbaur fitnah di media sosial yang dilakukan kedua-dua mereka yang menurutnya akan mengganggu usaha Kementerian Kesihatan (KKM) serta kerajaan dalam perjuangan menentang wabak itu.

Selain itu, ia juga menjejaskan tindak balas masyarakat terhadap pandemik dan menjejaskan data serta fakta rasmi yang diberikan KKM kepada orang ramai.

Saman terhadap Lokman

Berdasarkan pernyataan tuntutan, KJ berkata Lokman telah memfitnahnya dengan membuat:

  • Dua kenyataan serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Januari lalu
  • Kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook dan YouTube Lokman Adam pada 10 Januari.

Saman terhadap Abu Syafik

Manakala bagi Abu Syafiq pula, KJ berkata pendakwah tersebut telah membuat 4 kenyataan fitnah di Instagram  ‘Ustaz Abu Syafiq’ merangkumi :

  • 3 video
  • 1 gambar

Kesemua kenyataan ini difahamkan telah dimuat naik Abu Syafiq pada 20 Oktober 2021 serta 6 dan 10 Januari 2022.

Menurut KJ, kenyataan fitnah membawa maksud yang beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa sudah diberi vaksin COVID-19 dan sudah menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Tuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta permohonan maaf

Beliau difahamkan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam berserta permohonan maaf di media sosial selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff dan mahkamah menetapkan 17 Februari ini untuk mendengar injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) kes saman tersebut.

Abu Syafiq mohon maaf?

Abu Syafiq menerusi satu perkongsian di Instagram bagaimanapun dilihat memuat naik satu permohonan maaf kepada KJ sebentar tadi.

“KJ, Saya minta maaf banyak-banyak, maaf saya ya. Saya akan buang semua video dan posting saya pasal Abang KJ tu. Usahlah Abang KJ bersedih,” tulis Abu Syafiq.

Namun dia pada penghujung kenyataan tersebut menitipkan satu pesanan kepada orang ramai yang berbunyi : “Jangan ‘sembah’ vaksin usah pertuhankan WHO”.

Tidak dapat dipastikan adalah kenyataan ini benar-benar satu permohonaan maaf atau lebih kepada reaksi sinisnya selepas isu saman tersebut dilaporkan media tempatan.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

16 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

18 hours ago