Pihak Yang Kejar Harta Bukannya Isteri Arwah Abam Tapi Plaintif, Kata Hakim

Umum mengetahui kes saman fitnah membabitkan keluarga pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali sudah pun selesai pada Jumaat (18 Februari 2022) dan memihak kepada balu Arwah Abam itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan yang membaca keputusan memaklumkan pihak mahkamah berpuas hati kerana pihak yang mengejar harta ialah plaintif-plaintif dan bukannya defendan.

“Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata Zulqarnain.

Menerusi laporan Sinar Harian, empat plaintif yang dinamakan ialah ibu Abam iaitu Allahyarham Sabariah Arshad, bapa Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, kakaknya Sharifah Nor Wahidah dan Ali Puteh.

Menurut beliau, ianya jelas memandangkan pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif mengajak Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.

”Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.

Tambah beliau lagi, mahkamah berpuas hati yang keadaan pada waktu itu pasti amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham yang berada dalam keadaan tertekan.

Ali mahu buat rayuan batal keputusan

Dalam pada itu, Ali yang ditemui media memaklumkan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Ini kerana dia mendapati terdapat fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” kata Ali.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi apakah fakta yang dimaksudkan kerana bimbang akan mengganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. 

Sedia berdepan kecaman

Dia dalam sama turut memaklumkan sudah bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah itu.

“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.

“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago