Teruk Dikecam Muat Naik Adegan Panas, Zul Ariffin Akhirnya Buat Permohonan Maaf

Selepas beberapa hari dikecam hebat ekoran penularan klip adegan panas dari drama Perempuan Itu, aktor Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dia yang tampil menerusi satu kenyataan di IG Story menjelaskan menerima semua respon yang diberikan berhubung kontroversi itu dengan hati yang terbuka.

Sehubungan itu, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan tindakannya berkongsi video tersebut di media sosial.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang bahan promosi drama yang diterimanya selepas ini.

“Dengan hati terbuka,saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial.

Aktor Zul Ariffin.

Tak dedahkan siapa yang bagi

Zul bagaimanapun tidak menjelaskan siapakah ‘pihak’ yang telah memberinya bahan kontroversi tersebut.

Kenyataan ini dikeluarkan Zul Ariffin tidak sampai beberapa jam selepas JAKIM tampil menerusi satu kenyataan media mahukan drama ini dikenakan tindakan tegas.

Baca artikel berkaitan : Isu Babak Panas, JAKIM Panggil Zul Ariffin & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’

Terdahulu Pengarah Perempuan Itu, Ain Sharif menjelaskan adegan itu hanyalah rakaman kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen.

Dia bagaimanapun mengakui terkejut apabila aktor berkenaan memuat naik babak tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini,” kata Ain.

Baca artikel berkaitan di sini:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

12 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

12 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

12 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago