fbpx
Now Reading
Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Tayang Di TV & Hanya Publisiti, Kata Pengarah

Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Tayang Di TV & Hanya Publisiti, Kata Pengarah

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap penerbit, Erma Fatima kerana bukan dia yang menvisualkan karakter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular di media sosial satu video yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin yang memperlihatkan beberapa ‘babak panas’ dari satu drama terbaharu lakonannya iaitu Perempuan Itu.

Menerusi video tersebut, Zul dilihat melakonkan aksi-aksi panas itu dengan seorang pelakon baru, Siti Hariesa yang disifatkan netizen mirip babak dari drama dan filem dewasa luar negara.

Insiden ini menyebabkan kedua-dua pelakon ini termasuk penerbit, Erma Fatima dikecam hebat apatah lagi karya ini akan mula ditayangkan pada bulan Ramadan.

Menteri Agama turut beri teguran

Isu ini kemudiannya turut menarik perhatian Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad yang tampil memberikan teguran secara terbuka.

Menurut beliau, hiburan tidak dilarang dalam Islam, namun sekiranya ia melampaui batas dan boleh mencemarkan agama, ia tidak seharusnya dibiarkan.

“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.

“Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati,” tulis beliau di akaun media sosial miliknya.

Beliau yang mengakui terkejut dengan perkara tersebut kemudiannya memaklumkan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Ia adalah scene director cut

Terbaharu, pengarah Perempuan Itu, Ain Sharif menerusi satu laporan mStar tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurut Ain, babak yang tular itu sememangnya arahan darinya namun ia hanyalah rakaman kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen.

“Ya! Saya yang mengarahkan babak itu… adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti,” jelas Ain Sharif.

Foto : Ain Sharif

Tak tahu Zul akan kongsikan

Malah dia juga tidak mengetahui yang Zul Ariffin akan berkongsi babak tersebut. Mengakui hanya menyedari berkenaan selepas video tersebut tular, Ain bagaimanapun mengambil tanggungjawab sepenuhnya sebagai pengarah.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.

“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10% pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya dipetik dari mStar.

Mengulas lebih lanjut, Ain berkata babak ‘second version’ ini sebenarnya dihasilkan untuk menjadikan drama ini lebih menarik meskipun kata putus terletak di tangan stesen TV. Malah perkara itu sudah dibincangkan sebelum penggambaran dan turut mendapat persetujuan para pelakon.

“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak,” ujar Ain lagi.

Mimi Lana akan bergandingan bersama Zul Ariffin dalam drama ini

Peka terdapat beberapa adegan yang agak sensitif di dalam drama itu, Ain bagaimanapun meminta orang ramai untuk menontonnya terlebih dahulu bagi memahami apa mesej sebenar yang ingin disampaikan.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.

“Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini,” katanya lagi.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap Erma Fatima kerana bukan dia yang menvisualkan karakter.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” jelasnya lagi.

Difahamkan, selain Ain drama Perempuan Itu turut diarahkan seorang lagi pengarah ternama, Isma Yusof.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.