fbpx

Tular Lakonkan Babak Panas, Shukri Yahaya Mohon Maaf

Menurut pelakon utama drama Layang-Layang Perkahwinan itu, dia tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan hanya akan melakukan interpretasi ketika berada di set penggambaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu yang lalu, hangat di media sosial mengenai adegan ‘panas’ yang dilakonkan oleh pelakon lelaki terkenal Shukri Yahaya dan pelakon wanita, Alya Iman.

Menerusi adegan tersebut, kelihatan Shukri dilihat seolah-olah tidak berpakaian serta menarik tangan pelakon wanita berkenaan dan mengajaknya mandi bersama.

Babak itu menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana disifatkan sebagai kurang sesuai untuk tontonan umum.

Malah, ada yang kecewa dengan pelakon lelaki berkenaan yang sanggup melakonkan watak sedemikian walhal dia sebelum ini mempunyai reputasi yang sangat baik.

Baca Artikel Berkaitan: Babak ‘Panas’ Dalam Drama Undang Kecaman Netizen [Video]

Shukri Yahaya Mohon Maaf, Janji Kesalahan Tidak Akan Diulang

Ekoran daripada isu ini, Shukri Yahaya memohon maaf di atas kekhilafan dirinya berikutan adegan panas yang berunsurkan ‘soft p*rn’ dalam drama Layang-Layang Perkahwinan.

Bapa kepada dua orang anak itu turut berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang boleh mengundang kecaman seperti isu yang tular baru-baru ini.

“Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu semuanya berpunca daripada kesilapan saya sendiri.

“Babak diperkatakan itu sebenarnya diadakan pada hari pertama penggambaran dan saya teruja merealisasikan adegan tersebut tanpa memikirkan sensitiviti penonton.

“Ketelanjuran sebegini takkan berulang kembali,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Tidak Suka Baca Skrip, Hanya Mahu Kelainan

Jelasnya lagi, dia tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan hanya akan melakukan interpretasi ketika berada di set penggambaran.

“Saya berterus-terang saya tak suka baca skrip. Saya hanya akan meneliti semula babak ketika berada di set penggambaran.

“Pada awalnya, saya bayangkan adegan itu sedikit saja, lagi pun itu hari pertama di set sampai saya terlampau bersungguh-sungguh mahu menjayakan watak,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas komen netizen berhubung babak keterlaluan tersebut, dia yang berusia 36 tahun itu menjelaskan hanya mahukan kelainan dalam lakonan.

“Saya nak cuba nampak lain serta lebih versatil memandangkan sebelum ini selalu bawa watak lelaki lurus bendul.

“Jadi, saya nak buktikan kepada semua orang bahawa saya boleh bawa watak ini. Namun, nampaknya percubaan ini tidak diterima kerana dianggap kurang sensitif,” katanya lagi.

Untuk info, selain Shukri Yahaya dan Alya Iman, drama Layang-Layang Perkhawinan turut dibarisi oleh pelakon versatil yang lain seperti Ezannie Jasni, Keith Foo, Arash Mohd, Datin Nina Juren, Lisdawati dan lain-lain lagi.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.