“Saya Melampaui Batas”- Will Smith Akhirnya Minta Maaf Kepada Chris Rock

Sejak semalam, nama aktor Hollywood terkemuka WIll Smith menjadi bualan peminat hiburan di seluruh dunia selepas tular video dia menampar aktor komedi, Chris Rock sewaktu siaran langsung Anugerah Akademi Oscars 2022.

Insiden berkenaan nyata menarik pelbagai respon dari penggiat seni Hollywood namun kebanyakan dilihat mahukan Will Smith dikenakan dihukum.

Baca artikel berkaitan : Berang Isteri Dijadikan Bahan Lawak, Will Smith Tampar Chris Rock Sewaktu Live Oscars [Video]

Pihak Anugerah Akademi kemudiannya memaklumkan akan melancarkan siasatan rasmi terhadap pelakon itu ekoran dari tindakannya yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Terbaharu, Will Smith menerusi satu hantaran di Instagram tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock.

Menyifatkan tindakannya tidak boleh diterima dan dimaafkan, aktor yang pertama kali memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik itu turut mengakui agak emosi kerana gurauan itu melibatkan isterinya.

“Keganasan dalam apa jua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tingkah laku saya pada majlis anugerah ini tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

“Bergurau mengenai saya tidak mengapa.

“Tetapi apabila gurauan tentang masalah dialami Jada, itu terlalu berat untuk saya tanggung, dan saya bertindak balas secara emosi.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada anda (Chris Rock). Saya berada di luar batasan dan saya salah.

“Saya malu dan tindakan saya tidak menunjukkan seorang lelaki yang ingin saya jadi,” kata Smith.

Dia dalam masa sama turut meminta maaf kepada penganjur serta tetamu Anugerah Akademi dan penonton di rumah di atas apa yang berlaku pada tempoh hari.

“Saya amat kesal kerana tingkah laku saya telah mengotorkan apa yang sepatutnya menjadi satu pengalaman yang indah untuk kita semua,” kata Smith.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

17 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

17 hours ago