Perkahwinan merupakan satu kenangan manis buat setiap pasangan, kerana di saat itulah pengantin menjadi raja sehari yang dilayan dengan penuh istimewa.
Namun, ada juga ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengambil kesempatan ini untuk bergurau dengan pasangan yang baru berkahwin ini.
Seperti yang terjadi pada pasangan ini apabila mereka disuruh masuk ke dalam sebuah tong ais dan kemudian disiram dengan air sehingga lencun.
Video tersebut telah dikongsikan oleh @iamnrlnzrh yang mengimbau kembali kenangan ketika ahli keluarganya menyiram dia dan suami dengan air sebaik usai majlis perkahwinan mereka.
“Kita throwback sikitlah mandi air ni lepas majlis hari itu, apa-apa pun biarlah sis tarik baju laki sis dahulu,” tulisnya di dalam kapsyen.
Apabila ditanya air apakah yang digunakan untuk menyiram pengantin, dia menerusi ruangan komen telah menjawab air itu merupakan air minuman yang berlebihan ketika majlis dan dicampur dengan kelapa parut serta air bilas periuk.
@iamnrlnrzh turut memaklumkan bahawa gurauan itu hanya dilakukan untuk suka-suka sahaja di antara keluarga dan ia bukanlah satu adat tetapi sekadar satu ikutan.
“Ni suka-suka sesama family je, bukan adat ke apa tapi mostly orang Melaka & Johor ramailah buat macam ni.
“After dah kena macam ni mereka akan bagi air bersih untuk kita bilas, lepas tu pergilah basuh periuk pula,” tulisnya di ruangan komen.
Namun, tidak semua orang dari negeri berkenaan mengamalkan budaya sebegini sewaktu majlis perkahwinan kerana ia bergantung kawasan yang mereka duduki.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen teruja dengan gurauan itu dan ada juga yang menceritakan kisah mereka dan ada juga yang bersyukur kerana tidak kena begitu sewaktu hari perkahwinan mereka.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…