7 K-Drama Bertemakan Fantasi Yang Korang Boleh Tonton Di Netflix Semasa Cuti Hari Raya

Di Hari Raya ini selain kita sibuk berjumpa sanak saudara, ini juga adalah waktu yang tepat untuk anda luangkan masa bersama keluarga dengan menonton drama bersiri atau filem yang ada Netflix.

Malah sekiranya anda merupakan seorang peminat K-drama bergenre fiksyen yang suka meneroka ke alam keajaiban dunia luar seperti sihir, cerita dongeng, kuasa ghaib, penjelmaan dan lagenda, ada tujuh jenis drama bersiri yang boleh anda tonton sepanjang cuti ini.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai genre yang akan disajikan seperti romantik komedi, seram, romantik serta banyak lagi.

Antara tujuh K-drama yang pasti akan membuatkan anda tak cukup tidur adalah:

#1 The Sound Of Magic

Foto : Netflix

Drama ini adalah berdasarkan komik Webtoon popular, AnnaraSumanara oleh Ha II-kwon. The Sound of Magic ini mengisahkan tentang seorang gadis Yoon Ah-Yi (Chai Sung-Eun) yang mempunyai impian untuk menjadi ahli magik, dan Na II-deung (Hwang In-youp) yang berdepan dengan tekanan untuk menentukan kehidupannya.

Namun, ia berubah apabila mereka bertemu dengan ahli silap mata mistik Ri-Eul (Ji Chang-wook) yang menunjukkan kehebatan silap mata kepada mereka.

Kisah The Sound of Magic ini akan ditayangkan di Netflix pada 6 Mei ini.

Trailer

#2 Tomorrow

Foto : Netflix

Tomorrow juga merupakan kisah komik daripada Webtoon yang menceritakan tentang isu sosial Korea Selatan seperti bunuh diri. Siri ini menceritakan tentang Choi Jun-woong (Rowwon) yang koma dan kemudian menjadi separuh manusia dan separuh roh.

Dia kemudian bertemu dengan malaikat maut Ryeon (Kim Hee-Seon), seterusnya menyertai Pasukan Pengurusan Risiko.

Pasukan itu merupakan sebuah biro di Jabatan Pengurusan Jiwa Jumadeung di mana malaikat-malaikat maut ditugaskan untuk menyelamatkan orang daripada membunuh diri.

Tomorrow juga turut memberi bayangan semula berkenaan kehidupan di akhirat sebagai tempat kerja yang memberikan pengembaraan sci-fi fantasi dengan jenaka dan ia kini boleh ditonton di Netflix.

#3 Abyss

Foto : Netflix

Abyss merupakan siri fantasi yang membawa genre romantik komedi. Siri ini mengisahkan tentang dua manusia iaitu Cha Min (Ahn Hyo-seop) dan Go Se-yeong (Park Bo-young) yang dihidupkan semula dalam tubuh yang berbeza oleh kuasa supernatural Abyss.

Cha Min yang sebelum ini biasa sahaja kelihatan lebih menarik dengan tubuh barunya manakala Go Se-yeong pula mendapat yang sebaliknya.

Namun, ia tidak menghalang mereka daripada jatuh cinta antara satu sama lain dan di dalam masa yang sama merungkai misteri pembunuhan.

#4 Tale Of The Nine Tailed

Foto : Netflix

Tale Of The Nine Tailed ialah cerita yang berkisahkan tentang Guminho iaitu mitos musang yang mempunyai sembilan ekor serta mempunyai kuasa ajaib yang boleh berubah menjadi manusia.

Lee Yeon (Lee Dong-wook) merupakan seekor musang berekor sembilan yang meletakkan jawatan sebagai penjaga sebuah gunung untuk mencari cinta sejatinya iaitu Ah-eum.

Dia kemudian berjaya menemui cinta sejatinya itu dalam TV Dokumentari yang di terbitkan oleh Nam Ji-a (Jo Bo-ah).

#5 The King: Eternal Monarch

Foto : Netflix

Cerita ini akan membawa anda ke dunia fantasi dengan dua alam semesta yang selari serta kisah cinta yang epik.

Drama romantik ini berkisarkan hubungan orang yang hidup dalam garis masa yang berbeza di mana kerajaan Corea abad ke-21 yang diperintah oleh maharaja Lee Gon (Lee Min-ho) dan Korea moden di mana tempat tinggal seorang leftenan polis bernama Jung Tae-eul (Kim Go-Eun).

Lee Gon telah mengembara ke zaman korea moden dengan menggunakan bantuan seruling mesteri yang dikenali sebagai Manpasikjeok dan kemudian dia bertemu dengan Jung.

#6 Memories of The Alhambra

Foto : Netflix

Memories of The Alhambra merupakan drama realiti yang diilhamkan daripada Jutawan Elon Musk dan permainan Pokemon Go.

Siri ini mengikuti Jin-woo (Hyun-bin), Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan yang berurusan dengan peranti optik yang mencari Se-ju (Park Chan-yeol) yang membina permainan AR yang inovatif tentang bertempuran zaman pertengahan di Alhambra.

Disebabkan terdesak mencari Se-ju, Jin-woo cuba bermain permainan itu dengan harapan akan mendapat petunjuk.

#7 Guardian: The Lonely and Great God

Foto : Netflix

Drama ini berkisarkan Goblin Kim Shin (Gong Yoo) iaitu seorang penjaga jiwa yang berusia 939 tahun yang sedang berusaha untuk mendapatkan pengantin perempuan.

Ini kerana, dia mahu mengeluarkan pedang yang tidak kelihatan di dadanya dan mahu memecahkan sumpahan yang ada pada dirinya.

Seorang pelajar sekolah Ji Eun-tak (Kim Go-eun) kemudian telah memanggil goblin ini tanpa sengaja dan mereka menjalinkan hubungan percintaan.

Jadi macam mana, anda semua dah sedia ke nak ‘marathon‘ tengok semua siri ini Hari Raya nanti?

Semoga senarai K-drama fantasi ini dapat mewarnai dan menceriakan lagi sambutan Hari Raya anda semua.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago