Cuti Hari Pekerja Dibawa Kepada Rabu, Kata Perdana Menteri

Umum pasti mengetahui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam tadi, (1 Mei) telah mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2022 (1443H) pada esok, Isnin, 2 Mei.

Selaras dengan pengumuman itu, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

“Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

“Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,” kata beliau.

Namun menurut beliau, keputusan penuh mengenai status cuti bagi negeri-negeri terlibat tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.

Setakat artikel ini ditulis, Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan sudah bersetuju mengubah tarikh cuti sempena Aidilfitri dari 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei (Rabu).

Recent Posts

  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

29 mins ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

5 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

19 hours ago