Hanya Terima 1 Job Dalam Tempoh 2 Tahun, Ali Puteh Akui Terpaksa Bertahan Guna Duit Simpanan

Siapa sangka, kemelut yang melanda Ali Puteh dan balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah Ali ternyata memberi kesan yang besar kepada pelawak itu.

Ini boleh dilihat apabila dia kurang menerima tawaran kerja dan ada di antaranya dibatalkan, lapor mStar.

Menurut laporan Harian Metro pula, sepanjang tempoh tersebut, Ali hanya menerima 1 tawaran kerja iaitu menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 sahaja.

Kata Ali, tawaran itu diterimanya pada Ramadan lalu di mana dia dijemput untuk menyertai satu program mengaji Al-Quran dan perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi video call.

“Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” katanya kepada media.

Terpaksa guna wang simpanan demi teruskan kehidupan

Menurut adik kepada pelawak Arwah Abam itu lagi, sepanjang tempoh tersebut, dia terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk meneruskan kehidupan bersama keluarganya.

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” kata Ali lagi.

Guna duit KWSP untuk mulakan perniagaan

Sama seperti orang lain, Ali juga tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini untuk dijadikan modal perniagaannya.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.

Sedia berdamai dengan Hidayah

Dalam pada itu, Ali turut menjelaskan dia kini bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara mereka.

Namun pelawak itu akan menolak jika ada pihak yang cuba menjadikan kisah mereka berbaik sebagai satu ‘content’ untuk khalayak umum.

“Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri. Dia (Hidayah) juga boleh berjumpa dengan saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan Faraid.”

Kata Ali Puteh kepada mStar.

Sebagai info, Abam Bocey menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago