https://www.tiktok.com/@zackkirana27/video/7122793354877848859 “Jantung Kita Pakai Degup Bukan Denyut” – Guru BM Tegur Lirik Lagu Casablanca [Video] | BuzzKini

“Jantung Kita Pakai Degup Bukan Denyut” – Guru BM Tegur Lirik Lagu Casablanca [Video]

Semalam (21 Julai), seorang guru Bahasa Melayu yang terkenal di media sosial tampil memperbetulkan kesalahan pada lirik lagu ‘Casablanca’ nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Menurut guru tersebut yang dikenali sebagai Zack Kirana, penggunaan kata ‘denyut’ di dalam lirik tersebut adalah tidak tepat kerana perkataan yang seharusnya digunakan adalah ‘degup’.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, dia menyatakan bahawa situasi untuk menggambarkan jantung yang berdebar haruslah menggunakan perkataan degup berbanding perkataan denyut.

“Degup digunakan untuk jantung bukan denyut. Saya fikir mungkin jantung dia, ‘skala richter’ rendah.

“Atau pun mungkin kedudukan jantung dia berada dekat bahagian kepala, mungkin bahagian nadi, di pergelangan tangan,” katanya.

Penulisan kreatif boleh langgar hukum tatabahasa

Menurutnya lagi, penulisan kreatif seperti puisi dan lirik lagu sememangnya mempunyai sedikit kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa tetapi ia hanya dibenarkan untuk sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh akal fikiran.

“Denyut dengan degup, berbeza. Jadi bila saya bayangkan jantung dia berdenyut, macam nyut nyut macam tu.

“Risau saya, takut dia ada masalah lemah jantung. Kita kena kejarkan dia ke hospital. Tapi saya suka lagu ni,” katanya lagi dalam nada gurauan.

Tiada salah guna kata denyut untuk jantung tapi bergantung pada situasi dan keadaan

Bagaimanapun, menurut guru tersebut, penggunaan ayat denyut bagi jantung bukanlah satu kesalahan kerana ia sememangnya terdapat di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Namun situasi di dalam lirik lagu tersebut lebih menggambarkan keadaan ‘berdebar’, justeru penggunaan ayat yang lebih tepat adalah ‘degup’.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan ulasan yang diberikan oleh guru tersebut, malah ada yang menyatakan dirinya juga baru tahu mengenai hal ini.

Terdahulu, lagu ‘Casablanca’ ciptaan Daqmie dan Wan Salleh yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufzal Azrin itu menjadi suatu fenomena di negara ini selain mendapat tempat di hati para pendengar.

Kredit gambar: TikTok zackkirana27

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

36 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

44 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

54 mins ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

2 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago