Isu Degup Atau Denyut Tak Halang Lagu Casablanca Dapat Sambutan Hingga Ke Indonesia

“Denyut jangtungku berdebar, terasa indahnya dunia ini kita yang punya…”

Begitulah lirik daripada sebuah lagu yang bertajuk Casablanca dan tidak dinafikan ia kini menjadi siulan orang ramai serta trending di kebanyakkan media sosial serta stesen radio.

Namun begitu, beberapa minggu yang lalu kecoh di media sosial yang memperdebatkan tentang penggunaan perkataan ‘denyut’ di dalam lirik lagu tersebut yang dikatakan tidak mengikut tatabahasa.

Nuha terima pandangan orang lain

Penyanyinya, Nuha Bahrin bagaimanapun bersikap terbuka serta menerima setiap pandangan daripada masyarakat.

Memetik laporan Kosmo, jelas wanita ini atau nama penuhnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, 21, perkara itu terpulang kepada pandangan serta penerimaan individu yang mendengar lagu tersebut.

“Saya tak boleh nak beri ulasan yang terlalu terperinci namun bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.

“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” jelas penyanyi itu.

Kecoh isu perkataan ‘denyut’ atau ‘degup’ yang lebih sesuai

Sebelum ini, penggunaan perkataan itu menjadi kecoh di media sosial selepas seorang guru menjelaskan perkataan ‘degup’ adalah lebih sesuai digunakan jika mengikut tatabahasa.

Walau bagaimanapun, penyanyi anak kelahiran Rawang, Selangor ini turut menyifatkan dia berasa terharu kerana lagu Casablanca yang dicipta oleh komposer Daqmie dan Wan Saleh manakala lirik dari Daqmie dan Abdulkarim Al Ali ini disambut baik di kalangan pendengar.

Beri inspirasi untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik lagi

Jelasnya, apa yang dikecapi ketika ini adalah rezeki buat dirinya serta ia turut memberi inspirasi kepadanya agar terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti selepas ini.

“Sambutan lagu Casablanca memang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah kurniakan sekarang.

“Sebab rezeki yang saya dan rakan duet, Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah-ruah. Malah saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” jelas penyanyi Casablanca itu lagi.

Catat lebih 13 juta tontonan di YouTube, selain duduki tangga teratas di radio

Setakat ini, lagu Casablanca tersebut bukan sahaja dimainkan hampir di setiap platform media sosial malah tontonan muzik video rasmi juga telah mencatatkan lebih 13 juta di YouTube.

Bukan itu sahaja, lagu tersebut juga kini mendapat kedudukan yang teratas bagi carta lagu popular lama penstriman muzik seperti Spotify dan termasuklah carta radio popular di Malaysia.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago