Adi Putra Nekad Tidak Akan Ke Jakarta, Maklum Masih Rasa Terkilan

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon, Datuk Adi Putra memuat naik satu hantaran berbunyi sinis di Instagram miliknya yang ditujukan kepada Kembara Studio Sdn Bhd.

Dalam hantaran tersebut Adi Putra, 41, mendakwa bahawa pihak penerbitan itu sukar untuk dihubungi dan dalam masa sama memaklumkan bahawa dirinya tidak akan ke Jakarta untuk menghadiri tayangan gala filem Mat Kilau di sana.

Maklum tidak akan ke Jakarta melainkan ada pihak di Indonesia yang menjemputnya

Susulan dengan hantaran itu, Adi menyatakan dia masih dengan pendiriannya untuk tidak hadir ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta itu melainkan ada ada pihak pengedaran dan pihak penganjur di Indonesia yang menjemputnya untuk ke tayangan itu.

Menurut Adi lagi, dia masih dengan pendiriannya untuk tidak hadir melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur di Indonesia yang menjemputnya untuk ke tayangan itu.

“Saya masih berpegang prinsip untuk tak hadir di sana (Jakarta) melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur dari Indonesia yang menjemput saya untuk hadir, insya-Allah saya akan hadir mengikut ruang dan waktu saya,” kata pelakon yang memegang watak Mat Kilau itu.

Hingga kini pihak penerbit masih bersikap ‘silent mode’

Menurutnya, pihak syarikat penerbitan, Studio Kembara sehingga kini masih lagi bersikap mendiamkan diri.

“Sampai sekarang mereka ‘silent mode’ sebab selepas 11 kali mereka hubungi saya, saya tak jawab sebab terkilan. Saya terkilan kerana cuba menghubungi mereka selama dua minggu. Saya tak menyimpan hati tapi minta maaf dan berlapang dada. Namun, sampai sekarang belum hubungi saya lagi.

“Saya berlapang dada kerana kita harus bersikap profesional dan berkata benar. Saya mendoakan supaya 26 Ogos nanti semoga filem Mat Kilau mendapat perhatian besar di sana,” jelasnya lagi kepada Harian Metro.

Luah masih rasa terkilan dan sifatkan pihak penerbit gagal berkomunikasi dengan baik

Jelas pelakon itu lagi, dia turut meluahkan bahawa dia masih berasa terkilan dengan sikap pihak penerbitan dan menyifatkan mereka gagal berkomunikasi dengan baik.

“Perasaan tepat untuk menggambarkan adalah terkilan. Setiap manusia tidak sempurna dalam masa sama saya hormati penerbit, ikut dan buat seperti diamanahkan dalam kontrak.

“Kita dah sempurnakan tanggungjawab. Dah galas dan saya sendiri secara peribadi seperti dikatakan tadi manusia tak sempurna ada perasaan seperti gembira, sedih dan terkilan,” kata Adi Putra lagi.

Masih mempertimbangkan keputusan untuk membintangi filem Mat Kilau 2

Ketika ditanya bagaimanakah dengan kesediaannya untuk berlakon dalam filem Mat Kilau 2 seperti yang di gembar gemburkan sebelum ini, pelakon itu memaklumkan perkara itu masih dalam pertimbangannya.

“Filem Mat Kilau 2 saya akan pertimbangkan. Komunikasi sangat penting. Komunikasi akan pergi pada diskusi.

“Jadi saya akan pertimbangkan sewajarnya. Setiap pengajaran akan ada hikmah terbit sebagai satu iktibar. Saya nak menyatakan untuk laksanakan itu tidak,” ulasnya lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago